Tindakan seorang pengusaha sambal Nyet Khairi telah mengundang kemarahan segelintir netizen kerana menurut mereka dia telah menciplak Sambal Nyet Khairul Aming.
Malah pengeluar Sambal Nyet Khairi (SNK) turut mengucapkan terima kasih kepada pembeli yang menyokong produk mereka.
Baca Juga:
- Tak Sampai 24 Jam Dipromosikan Khairul Aming, Kedai Cendol Ini Penuh Diserbu Pelanggan
- Penangan Resipi ‘Burger Ala Prosperity Khairul Aming’, Daging Oblong Ramly Habis Terjual
- Khairulaming Salurkan Hasil Jualan Sambal Nyet RM100,000 Ke Tabung Cinta Gaza Malaysia
“Anda menjadi dorongan yang penting bagi kami terus berusaha untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan kegemaran di kalangan masyarakat.
“Sila kongsikan keenakan tersebut bersama rakan rakan atau famili anda, ikhlas dari pasukan SNK”
Sambal dengan label Sambal Nyet Khairi yang dianggap meniru sambal nyet Khairul Aming itu malah telah mendapat sambutan luar biasa ketika dijual di platform atas talian.
Di Shopee sahaja sudah terjual lebih 800 unit dan lebih 2800 unit terjual di TikTok Shop.
Namun ada juga yang menyatakan mereka terbeli sambal itu kerana keliru dengan labelnya, ingatkan ianya sambal Nyet ori Khairul Aming.
Terjumpa ni dekat tiktok.. aku mati mati ingat sambal nyet KA sbb pattern sama.. tgk harga murah ingat tgh sale.. nohh sambal nyet khairi rupanya @khairulaming boleh ke tiru macam ni? pic.twitter.com/lvvA3p0UeG
— hello, is it me you looking for? (@iCandy0592) December 18, 2023
Netizen benar benar berharap agar pemilik Sambal Nyet Khairi ini tampil memberikan penjelasan tentang produknya. Dan mereka turut mengesyaki gambar Khairi pada risalah produk itu seperti janaan AI.
Nampak sama tapi bukan dia pic.twitter.com/Ou8SdtRmPl
— @ (@anthraxxx781) December 27, 2023
Ada juga yang memberikan reviu menyatakan sambal tersebut adalah tiruan produk asli Sambal Nyet Khairul Aming. Cuma ramai yang merasakan ianya tidak cukup pedas.
Sambal Nyet Khairi
sebiji copy ori macam Khairul Aming weyhh tp kbykn komen yg Khairi ni kurang pedashttps://t.co/XitZqzxNXn— ✿ Camaraderie ✿ (@fyfyfufufafa) December 27, 2023
“Senang kerja macam ni, tak perlu kreativiti, cuma perlu meniru,” kata seorang netizen yang kegeraman.
Laman peminat Khairul Aming menulis: “Gila. Selamber je ek kau bang buat copy ori sambal nyet sebijik sejiban. Tinggal tukar nama Khairi je! Tak baik tauu bang, amik kesempatan. Tahu lah orang kita malas membaca. Tolonglah, bina dan cipta kekuatan diri sendiri.”
Mereka meminta pihak Khairi menghormati harta intelek usahawan yang lain.
Ada juga yang meminta agar pihak Khairul Aming memberikan perhatian kepada perkara tersebut. Kerana produk Sambal Nyet Khairi jelas sekali ‘copy ori’ sambal beliau.