Seperti kita sedia maklum, rakyat Malaysia pada ketika ini sedang giat memboikot sebuah restoran makanan segera sejak berlakunya konflik di negara Palestin. Jadi, ramai yang mencari alternatif produk atau makanan yang ditawarkan oleh jenama tersebut.

Oleh itu, Khairul Aming yang terkenal dengan kepandaian mencipta menu kini berkongsi cara-cara untuk menghasilkan resipi burger ‘Ala Prosperity’ itu di rumah.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

@khairulaming

Resipi burger ala prosperity. Boleh cuba buat sendiri kat rumah, senang jeee and sedap 😋 #makanlokal #foodtok #foodfestontiktok

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Menerusi TikTok, video resipi beliau telah meraih lebih daripada 5.4 juta jumlah tontonan dalam masa empat hari sahaja. Bila dilihat hasil selepas siap, memang tidak dinafikan sangat menggiurkan dan tampak sebiji seperti burger popular itu.

Hal ini sekaligus membuatkan ramai orang turut ingin mencuba resepi yang dikongsikan itu.  Perkara ini jelas terbukti apabila ada pengguna di media sosial telah berkongsi bahawa bahan utama resipi iaitu daging lembu oblong jenama Ramly sudah habis terjual.

Difahamkan lokasi yang dimaksudkan adalah di sebuah pasaraya di Seksyen 13, Shah Alam. Bahkan, individu itu turut mendedahkan bahawa komponen resepi lain seperti roti dan juga kentang putar juga habis terjual dek penangan video Khairul Aming tersebut.

Sementara di ruangan komentar, ada pengguna lain yang mendakwa sesetengah tempat mereka masih mempunyai banyak stok dan ramai juga yang berkongsi pengalaman tidak berjaya membuat resipi kerana ketiadaan stok bahannya.

Sumber Gambar: TikTok @trendingkini
Sumber Gambar: TikTok @trendingkini

Menariknya, ada yang sudah mencuba resipi tersebut turut berkongsi bahawa mereka dapat merasai burger yang dibuat sama seperti yang pernah dinikmati daripada restoran makanan segera tersebut.

Sumber