Seperti kita sedia maklum, rakyat Malaysia pada ketika ini sedang giat memboikot sebuah restoran makanan segera sejak berlakunya konflik di negara Palestin. Jadi, ramai yang mencari alternatif produk atau makanan yang ditawarkan oleh jenama tersebut.
Oleh itu, Khairul Aming yang terkenal dengan kepandaian mencipta menu kini berkongsi cara-cara untuk menghasilkan resipi burger ‘Ala Prosperity’ itu di rumah.
Baca Juga:
- Impak ‘Marketing’ Khairul Aming, Gerai Nasi Khao Mok Di Hatyai Jadi Tumpuan Pelancong Malaysia
- Gordon Ramsay Umum Bakal Hadir Ke Malaysia Selepas Kagum Dengan Cara Khairul Aming Masak
- Raih Lebih RM170,000, Khairul Aming Hanya Perlukan 2 Minit Untuk Jual 13,000 Sambal Nyet
@khairulaming Resipi burger ala prosperity. Boleh cuba buat sendiri kat rumah, senang jeee and sedap 😋 #makanlokal #foodtok #foodfestontiktok
Menerusi TikTok, video resipi beliau telah meraih lebih daripada 5.4 juta jumlah tontonan dalam masa empat hari sahaja. Bila dilihat hasil selepas siap, memang tidak dinafikan sangat menggiurkan dan tampak sebiji seperti burger popular itu.
Hal ini sekaligus membuatkan ramai orang turut ingin mencuba resepi yang dikongsikan itu. Perkara ini jelas terbukti apabila ada pengguna di media sosial telah berkongsi bahawa bahan utama resipi iaitu daging lembu oblong jenama Ramly sudah habis terjual.
😅😅 kesan dari KA. pic.twitter.com/vKglCDlzd2
— Jano (@nrhmzn_) December 10, 2023
Difahamkan lokasi yang dimaksudkan adalah di sebuah pasaraya di Seksyen 13, Shah Alam. Bahkan, individu itu turut mendedahkan bahawa komponen resepi lain seperti roti dan juga kentang putar juga habis terjual dek penangan video Khairul Aming tersebut.
Sementara di ruangan komentar, ada pengguna lain yang mendakwa sesetengah tempat mereka masih mempunyai banyak stok dan ramai juga yang berkongsi pengalaman tidak berjaya membuat resipi kerana ketiadaan stok bahannya.
Menariknya, ada yang sudah mencuba resipi tersebut turut berkongsi bahawa mereka dapat merasai burger yang dibuat sama seperti yang pernah dinikmati daripada restoran makanan segera tersebut.