Minyak wangi merupakan salah satu barangan kebersihan diri yang membuatkan orang ramai berasa senang dengan bau pada seseorang itu.
Bagaimanapun tindakan seorang lelaki membeli minyak wangi berbau busuk yang berharga RM550 telah mengundang pertikaian netizen.
Baca Juga:
- Song Ji Hyo Hadiahkan Minyak Wangi Bernilai RM1,620 Buat Staf Malaysia Bikin Netizen Cemburu
- Mudah Sahaja, Ini Cara Pastikan Minyak Wangi Yang Anda Beli Betul-Betul Selamat Dipakai
- ‘Mirip’ Rekaan Jenama Popular, Minyak Wangi Terbaru Wak Doyok Jadi Buah Mulut Netizen
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik semula pada platform X.com, lelaki itu mendakwa minyak wangi itu sering kali habis terjual di pasaran. Sejurus dia mendapat tahu minyak wangi itu sudah restock, dia segera mendapatkannya.
Sanggup perabih RM550 untuk beli perfume busuk??!! 🥴 pic.twitter.com/zEM5VcXqKO
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) March 7, 2024
Selepas selesai membayarnya, lelaki itu terus membuka kotak minyak wangi itu dan terus menyembur ke tangannya.
Betul seperti didakwanya, minyak wangi itu ternyata berbau busuk sehingga lelaki berkenaan membuat reaksi mahu muntah di dalam kedai tersebut.
“Sumpah bau busuk gila, dia bau baju basah dengan peluh yang diperam dalam baldi selama dua minggu. Dia bau kepam bau busuk,” ujar lelaki tersebut.
Perkongsian video itu mengundang pertikaian netizen kerana lelaki itu membazir membeli minyak wangi berbau busuk yang tidak sesuai dipakai.
tester tak cukup. tapi pelik ada juga orang beli perfume yang dia tak suka 🤔
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) March 7, 2024
Hobi T20 ni kadang2 pelik juga ya… tp ikut hang lah bang, duit hang🫠
— 𝐟𝐞𝐞𝐫𝐚 ⟭⟬⁷ (@feeragreen) March 7, 2024
Netizen turut berasa pelik, mengapa berhabis sebanyak RM550 pada minyak wangi tersebut, sedang dia boleh bau sendiri terlebih dahulu melalui perfume tester.
Bagaimanapun lelaki itu mendakwa jurujual mencadangkannya untuk membiar minyak wangi ‘busuk’ yang melekat pada kulit kering terlebih dahulu untuk mendapatkan bau yang lebih baik.