Minyak wangi merupakan salah satu barangan kebersihan diri yang membuatkan orang ramai berasa senang dengan bau pada seseorang itu.

Bagaimanapun tindakan seorang lelaki membeli minyak wangi berbau busuk yang berharga RM550 telah mengundang pertikaian netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik semula pada platform X.com, lelaki itu mendakwa minyak wangi itu sering kali habis terjual di pasaran. Sejurus dia mendapat tahu minyak wangi itu sudah restock, dia segera mendapatkannya.

Selepas selesai membayarnya, lelaki itu terus membuka kotak minyak wangi itu dan terus menyembur ke tangannya.

Betul seperti didakwanya, minyak wangi itu ternyata berbau busuk sehingga lelaki berkenaan membuat reaksi mahu muntah di dalam kedai tersebut.

“Sumpah bau busuk gila, dia bau baju basah dengan peluh yang diperam dalam baldi selama dua minggu. Dia bau kepam bau busuk,” ujar lelaki tersebut.

Perkongsian video itu mengundang pertikaian netizen kerana lelaki itu membazir membeli minyak wangi berbau busuk yang tidak sesuai dipakai.

Netizen turut berasa pelik, mengapa berhabis sebanyak RM550 pada minyak wangi tersebut, sedang dia boleh bau sendiri terlebih dahulu melalui perfume tester.

Bagaimanapun lelaki itu mendakwa jurujual mencadangkannya untuk membiar minyak wangi ‘busuk’ yang melekat pada kulit kering terlebih dahulu untuk mendapatkan bau yang lebih baik.