Filem seram merupakan antara genre yang diminati peminat filem di Malaysia. Justeru itu, lambakan filem seram dari dalam dan luar negara membanjiri pawagam sejak beberapa tahun ini.
Namun gimik dan promosi sebuah filem seram terbaru dari Indonesia, Sijjin dilihat tidak sesuai dan keterlaluan.
Baca Juga:
- Netizen Pertikai Lambakan Filem Seram Melibatkan Solat, Mampu Timbul Perasaan Takut Beribadah
- Terima ‘Penumpang’ Misteri Dan Tinggalkan Duit Lama, Pengalaman Pemandu Ini Buat Netizen Seram
- Selepas DJ Terima Panggilan ‘Wanita Misteri’, Netizen Kembali Kongsi Video Seram Kereta Jatuh Gaung
Rata-rata netizen tidak setuju telekung dijadikan sebagai item untuk mempromosikan sesebuah filem. Mereka ibarat memberi mesej yang salah terhadap telekung, ibarat ia sesuatu yang menyeramkan dalam masyarakat.
“Telekung Untuk solat dijadikan simbol seram. Dah orang bukan Islam tengok kita ni hidup penuh diselubungi misteri,” komen seorang pengguna media sosial.
“Saya tak bagi anak tengok wayang sebegini sebab tidak mahu anak terkejut Subuh. Sebab takut nampak saya bertelekung. Kesian banyak betul filem macam ini. Orang Islam pun suka menghalalkan cara,” balas seorang lagi pengguna.
Bukan itu sahaja, poster filem tersebut juga turut memaparkan kalimah suci yang tidak boleh dipandang sebelah mata.
“Pesanan buat yang terbabit. Poster dan kertas undangan yang ada kalimah Allah moga selepas digunakan, disimpan dengan baik. Atau kalau sudah tidak mahu simpan, lebih baik dibakar dan ditanam abunya,” tegur seorang pengguna Facebook.
Gimik bertelekung tersebut berkemungkinan besar merupakan salah satu babak yang ada dalam filem tersebut dan dilakonkan semula semasa majlis pra-tonton.
Netizen turut menasihati pengedar filem agar lebih sensitif dalam membuat apa-apa gimik supaya ia tidak memberi gambaran tidak sepatutnya terhadap agama Islam.