Santai Anak Utara bakal memasuki ulang tahun ke-10 pada tahun ini. Ia merupakan acara tahunan dalam mengumpul anak muda dari negeri utara tanah air yang berhijrah mencari rezeki di perantauan.
Baru-baru ini YB Senator Wan Ahmad Fayhsal telah memuat naik dua keping gambar di mana beliau menerima kunjungan seorang influencer TikTok, dalam hantaran itu juga beliau mengelarkan pemuda tersebut sebagai ‘Ikon Permotoran Anak Muda’.
Tambah YB Senator, video-video yang dikongsikan pemuda itu membakar semangat untuk orang ramai untuk terus berjuang selain memupuk sikap saling hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat.
Namun, gelaran tersebut telah menjadi pertikaian ramai kerana mereka berasa ada beberapa individu lain yang lebih layak untuk mendapat gelaran tersebut.
Tambah orang ramai lagi, sepatutnya gelaran itu sepatutnya diberikan kepada Hafizh Syahrin kerana beliau telah banyak berkorban dalam mengharumkan nama Malaysia ke mata dunia.
Netizen juga menyatakan Azwan Omar atau lebih popular dikenali sebagai ‘Abang Viva‘ juga layak diketengahkan sewaktu Santai Anak Utara nanti. Ini kerana beliau telah banyak membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana banjir besar yang melanda negara.
Orang ramai juga berharap agar pihak penganjur dapat menjemput anak muda yang betul-betul memberikan impak jangka masa panjang kepada negara, bukan sekadar menjemput seseorang anak muda berdasarkan populariti yang tidak akan kekal selamanya.
Baca lagi beberapa artikel yang telah menarik perhatian pembaca The Vocket pada sepanjang minggu ini.
Sengaja Pulangkan Kembali Seluar Yang Sudah Dipakai, Tip ‘Berjimat’ Pemuda Ini Dikritik Netizen
Pemuda Belasah Warga Emas Sehingga Terbaring Atas Jalan Ditahan Polis
Pertikai Kena Bayar Untuk ‘Take Away’, Chef Ammar Jelaskan Sebab Caj Tambahan Dikenakan