Baru-baru ini, sebuah video yang dikongsikan oleh Arba Foundation di TikTok telah menjadi bualan ramai apabila memaparkan seorang bapa tunggal, Asmadi bercerita kembali kisah dicurangi isteri tercinta.

Menerusi video tersebut, dia menceritakan tentang bagaimana dia melihat sendiri kecurangan isterinya bersama lelaki lain di rumahnya sembilan tahun lalu. Menurutnya, isterinya yang ketika itu berang dicekup olehnya telah meminta cerai.

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@arbafoundation/video/7223346579397184773?_r=1&_t=8bdvmA2FJBa

Selepas bercerai, bekas isterinya membawa ketiga-tiga anak mereka pulang ke Kedah. Kemudian, dia mengambil semula anak-anak mereka selepas abang iparnya menelefonnya mengatakan bahawa anak-anaknya didera oleh bekas isteri.

Walaupun sudah sembilan tahun berlalu, Asmadi menyatakan dia tidak pernah menghalang sekiranya bekas isteri mahu berjumpa anak-anaknya.

Asmadi dan anak-anak juga berdepan kepayahan hidup di ibu kota kerana gajinya yang sedikit dan dirinya juga perlu membayar hutang ceti.

Perkongsian video terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa sedih mendengar kisah perit yang dialami oleh bapa tunggal tersebut.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berdoa agar lelaki tersebut dimurahkan rezeki dan berharap akan menerima bantuan daripada pihak bertanggungjawab. Malah, rata-rata netizen berharap kehidupannya akan lebih baik selepas ini.