Setiap pagi ketika kita memandu ke tempat kerja, pasti ada sahaja kenderaan yang ‘tidak sabar’ untuk sampai ke destinasi. Mereka mengambil kesempatan dengan memotong di laluan kecemasan yang pastinya membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Ramai yang membuat kesalahan ini terutamanya di waktu puncak kerana sering terlepas daripada dikenakan tindakan. Namun nasib pemandu kereta hitam ini ‘tidak baik’ apabila kesalahannya dirakam oleh pengguna lain. Dalam video yang dikongsikan oleh Zakirin Muhammad ini, kejadian tersebut berlaku semalam (19 Ogos 2020) berdasarkan tarikh yang terdapat pada rakaman tersebut.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Dapat dilihat pemandu kereta Mazda berkenaan memotong dari kiri lorong dan kemudiannya memasuki lorong paling kanan secara merbahaya. Mungkin beliau beranggapan semuanya selamat tetapi sebenarnya tidak.

Seorang polis trafik yang bertugas nampak kesalahan yang dilakukan oleh pemandu Mazda tersebut dan bertindak menahan kereta tersebut dan semestinya akan dikenakan kompaun.

“Orang seperti ini memang tidak perlu bagi muka. Memang patut kena saman,” antara komen netizen pada ruangan komen video ini.

Berdasarkan laman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), memotong di lorong kecemasan adalah di bawah peraturan 5: Peraturan Lalulintas 1959 di mana anda boleh dikompaun RM300 secara serta merta jika ditahan.

Diharap video ini dapat dijadikan pengajaran supaya anda tidak lagi memotong di lorong kecemasan. Mungin anda boleh terlepas tetapi jika tertangkap, bersedialah untuk bayar kompaun.

Ini pula contoh kemalangan yang berpunca daripada kesalahan pengguna jalan raya yang lain. Klik pada pautan di bawah.

Tular Video Penunggang Motosikal Terlibat Dua Kemalangan Dalam Satu Masa

Netizen Bengang ‘Geng Kereta Mahal’ Sebabkan Kemalangan Kerana Berlumba