Kiah Propa atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil mendedahkan dia melamar bekas suaminya untuk berkahwin semula.
Ini selepas bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail – yang kini sah menjadi suaminya sekali lagi – disahkan mengidap kanser leher.
Menurut Kiah, Nazri sudah lama mengajaknya untuk rujuk semula. Sudah 8 tahun Nazri menunggu Kiah kembali kepadanya, namun Kiah selesa untuk hidup bersendirian.
“Selepas dia disahkan kanser tempoh hari, saya sendiri yang lamar dia kembali, dan segala persiapan kahwin dibuat dalam masa seminggu,” tegas Kiah Propa kepada mStar.
Kiah menyatakan keputusan kembali menjadi isteri Nazri dibuat untuk mengelakkan fitnah di masa akan datang.
Dia mengaku ada beberapa kali bertandang ke rumah Nazri sebelum ini untuk melihat keadaannya yang sakit.
Selain itu, ianya juga memudahkan urusannya membantu menjaga Nazri, di mana dia tidak perlu risau lagi untuk bersentuhan dengan suaminya itu ketika menjaga dan merawatnya.
“Jika darurat bolehlah pegang sekali dua, namun takkan nak pegang selalu kalau kerap sakit, tentu rasa tidak selesa,” kata Kiah Propa lagi.
Kini Kiah bertekad mahu memberikan fokus untuk menjaga suaminya.
Kiah akui anak anak mereka adalahΒ yang paling gembira dengan keputusan mereka rujuk semula.
Berita itu juga membuatkan ramai peminat memanjatkan doa yang terbaik buat pasangan tersebut dan keluarga.
Mereka berharap Kiah dan Nazri terus berbahagia dan Nazri akan cepat sembuh.
Ada juga yang memuji Cik Kiah sebagai wanita hebat. Hanya 1 dalam 1,000 wanita yang sanggup berkahwin semula dengan bekasΒ suami yang sakit demi untuk menjaganya.
Ada yang menyatakan bahawa ternyata wanita hebat itu masih wujud pada ketika ini.