Tatkala ramai anak muda yang lain membelanjakan sejumlah wang untuk modifikasi kenderaan nampak lebih sporty dan lowered, ada seorang pemuda mengubah suai bahagian kerusi penumpang hadapan bagi memudahkan bapanya yang sudah uzur untuk masuk ke dalam keretanya.

Dalam beberapa video TikTok yang dikongsikan oleh @mohdirwanshah46, kerusi mekanikal itu dapat beroperasi keluar dan masuk dengan baik tanpa mengganggu keselesaan bapanya.

@mohdirwanshah46

ade mase kite bawak abah jalan2 #seatoku #myvipasso #fypシ

♬ Do’aku – Haddad Alwi

Ramai yang berminat dan bertanyakan lebih lanjut mengenai kerusi tersebut. @mohdirwanshah46 menyatakan kos untuk menukar dan memasang kerusi mekanikal itu kira-kira sekitar RM2,500 sehingga RM3,000, bergantung pada penjual half-cut dan kualitinya.

Video itu telah mendapat hampir 2 juta tontonan dan ribuan komen saling mengingati antara satu sama lain agar sentiasa mengambil peluang untuk berbuat baik dan berbakti semula kepada ibu bapa masing-masing.

Sumber Gambar: TikTok @mohdirwanshah46
Sumber Gambar: TikTok @mohdirwanshah46
Sumber Gambar: TikTok @mohdirwanshah46

Netizen juga mendoakan kesejahteraan kepada bapa lelaki dan meluahkan rasa bangga kerana pemuda itu menunjukkan contoh yang baik kepada orang ramai dalam bertungkus-lumus membalas jasa baik ibu bapa yang tidak boleh digantikan dengan wang ringgit.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Dapat mudahkan urusan bawa muatan besar, lelaki kongsi bagaimana bapanya ubah suai Proton Iswara menjadi sebuah trak pikap. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Bermodalkan RM2,000 Dan Tutorial YouTube, Bapa Pemuda Ini ‘Custom’ Proton Iswara Jadi Trak Pikap

Netizen Terkejut Toyota Alphard Jadi ‘Kereta Mayat’ Sahaja Di China

Netizen Sedih Lihat Keadaan Perodua Axia Diubah Suai Hingga Hilang Seni ‘Stance’

Sumber