Pada hari ini memang ramai pelancong luar negara berkongsi pengalaman mereka berada di Malaysia menerusi platform TikTok.

Baru-baru ini akaun TikTok @dailymax1993 meraih pujian netizen apabila dia bersama orang-orang setempat membantu mengutip tin yang berterabur di atas jalan raya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video dikongsikan mat saleh itu, dia dari Kampung Baru ke Pasar Seni dengan menaiki LRT.

Semasa dia berjalan di sebuah lorong (pada minit ke 2:01), dia ternampak kejadian sebuah guni di bawa seorang lelaki terkoyak dan kesemua tin di dalamnya bertaburan di atas jalan raya.

@dailymax1993

$0.38 Local train #kualalumpur

♬ original sound – dailymax1993 – dailymax1993

Semua kenderaan yang melalui kawasan itu terpaksa berjalan perlahan kerana permukaan jalan sudah tidak rata lagi.

Mat saleh itu segera melintas untuk memberi bantuan. Dia menolak tin-tin tersebut ke tepi jalan, sambil pemilik tin-tin tersebut memasukkan tin ke dalam bakul.

Tidak lama kemudian, orang awam yang berada di berhampiran turut datang memberikan bantuan. Siap kelihatan ada juga yang datang membawa penyapu untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan.

Netizen memuji semua orang yang ada di dalam video itu kerana memberikan bantuan, lebih-lebih lagi mat saleh itu yang kebetulan orang terawal melihat tin bertaburan.

Sumber Gambar: TikTok @dailymax1993
Sumber Gambar: TikTok @dailymax1993
Sumber Gambar: TikTok @dailymax1993

Sejurus selesai memasukkan kesemua tin di dalam bakul, mereka meletakkan semula tin tersebut ke dalam guni. Kelihatan lubang pada guni tersebut agak besar dan agak mustahil untuk memasukkan semula kesemua tin yang terkeluar itu.

Pada penghujung video, mat saleh itu berharap jika orang ramai ternampak perkara itu terjadi lagi, tampil ke hadapan dan bantulah orang seperti mereka.

“Saya faham apa yang dilakukan, berkerja keras mengumpul tin untuk mendapatkan sejumlah wang yang sangat sedikit.

“Tiada siapa mahu buat kerja sebegitu, bagaimanapun dia (pengutip tin) terpaksa buat untuk mendapatkan wang.

“Sekiranya anda semua nampak situasi yang sama, bantulah mereka,” ujar mat saleh tersebut.