Walaupun TikTok memberikan kebebasan untuk mempamerkan kreativiti buat para penggunanya, namun bukan semua perkara boleh dijadikan konten lebih-lebih lagi berkaitan agama.
Baru-baru ini, tular apabila trend merakam aksi mencium Kaabah yang semakin tular dan diikuti di media sosial.
Baca Juga:
- Tergamak Tayang Produk Hadapan Kaabah, Taktik Pemasaran Founder Skin Dessert Ditegur PU Rahmat
- ‘Army Too Much’ – Peminat Doa Dijodohkan Ahli Kumpulan BTS Sambil ‘Tayang’ Gambar Di Hadapan Kaabah
Menerusi satu posting di Facebook, seorang individu meluahkan rasa kecewanya terhadap trend yang semakin menjadi ikutan ramai itu.
Menurutnya, trend itu dilihat seolah-olah seperti tidak menghormati tempat suci tersebut. Lebih teruk lagi, perkara ini juga boleh mencemarkan imej umat Islam di mata dunia.
“Aku hairanlah kan, macam mana depa ni boleh tergamak ek sibuk rakam ketika jemaah lain sedang berebut-rebut nak sentuh Ka’bah tu, bersilang tangan sehingga mengganggu jemaah lain semata nak ikut trend tiktok, ada tu siap rakam aksi menangis sebak lagi.
“Aku baca dekat komen tu ramai non muslim mempersoalkan aksi segelintir umat islam yang seolah tidak menghormati tempat suci sendiri,” tulisnya.
Setakat pemerhatian kami sendiri, trend ini kian popular dilakukan oleh rakyat negara Indonesia dan bukannya orang lokal kita. Sementara itu, tinjauan di komentar mendapati netizen turut memberi pelbagai pandangan mereka berhubung isu tersebut.
“Kalau cium Kaabah lepas tu tangkap gambar simpan untuk diri sendiri sebagai buat kenangan tak pe lagi . Tapi upload utk tunjuk di media sosial tak tau apa tujuan,” kata seorang pengguna.
“Pergi umrah bukan lagi special sekarang ni. Dah macam pergi bercuti ,” ujar ringkas oleh seorang pengguna lain.
“Setuju. Kita bantah. Semua benda nak tunjuk. Musim meriak dalam ibadah dengan sengaja,” komen pengguna yang tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut.
Bagaimanapun, majoritinya berpendapat bahawa trend itu tidak patut diikuti kerana tidak menghormati tempat suci Islam malahan boleh timbul perasaan riak di dalam diri.