Sebuah gambar seorang pesakit dengan paku dikepala tular di media sosial hari ini. Gambar itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang juga bertugas sebagai doktor di bahagian pakar neurosurgery atau pembedahan saraf.

Doktor bernama Oren Gottfried yang bertugas di Duke University Neurosurgeon telah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang pesakit dengan luka di bahagian kepala.

Baca Juga:

Pada gambar pertama, kelihatan sebatang paku yang tersusuk kemas ke dalam kepala pesakit tersebut. Namun pada gambar kedua dan seterusnya kelihatan gambar yang diambil menggunakan teknik x-ray, di mana kelihatan sebatang paku sepanjang jari telunjuk menjunam ke dalam kepala pesakit tersebut.

Sejak dimuat naik pada 12 November lalu, ciapan tersebut telah menarik lebih 300 komen dan lebih 14,000 tanda suka. Di bahagian komen pula dibanjiri oleh pengguna dari pelbagai negara. Sebahagiannya sempat bergurau dan sebahagian komen lagi seolah terkejut dengan apa yang terjadi kepada pesakit tersebut.

https://twitter.com/Pacs_de/status/1591140238424145920?ref_src=twsrc%5Etfw

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah komen pengguna maya yang datang dari penduduk Nusantara, terutamanya yang dari Malaysia dan Indonesia.

Kebanyakan pengguna maya dari dua negara ini menyamakan kejadian yang berlaku ke atas pesakit tersebut seperti apa yang diceritakan dari kisah lagenda hantu.

https://twitter.com/mayeilack/status/1591743756201754624?ref_src=twsrc%5Etfw

https://twitter.com/hellacakeee/status/1591671933531455490?ref_src=twsrc%5Etfw

Mengikut kepercayaan kedua negara, jika paku itu dicabut, ia akan mengubah seorang manusia itu menjadi seekor pontianak. Ada juga yang percaya bahawa jika mahu mengubah seekor pontianak menjadi seorang wanita yang cantik jelita, sebatang paku haruslah di ketuk di bahagian belakang kepalanya.