Pada hari Sabtu lalu, telah berlangsungnya satu acara tahunan pameran kereta ‘Retro Havoc’ yang telah mendapat sambutan yang luar biasa.

Menurut penganjur, kira-kira 70,000 pengunjung telah hadir dari pukul 9 pagi sehinggalah acara tamat pada sebelah malamnya. Sekumpulan besar pengunjung yang hadir daripada kalangan remaja, serta pelajar/lepasan SPM atau lebih dikenali sebagai BBNU (Budak Baru Nak Up).

Baca Juga:

Pada sebelah malam, apabila segelintir pemilik-pemilik kereta mula ‘revving‘ dan membuat ‘Pops & Bang‘, BBNU mula lari bertempiaran di antara satu sama lain untuk merakam aksi tersebut.

@vocket

Dah langgar patah original parts RE Amemiya carbon spoiler, selamba buat macam tak ada apa apa. Video: Hazizul Sarman / FB #vocketnews #vocket #vocketcarclub #retrohavoc2023 #retrohavoc

♬ original sound – vocket – vocket

Pengunjung BBNU itu berlari di antara kereta-kereta yang dipamerkan sehingga berlakunya kerosakan.

Ada pemilik kereta luahkan rasa sangat kecewa apabila ‘RE Amemiya carbon wing end plate’ pada keretanya tercabut dan ada juga pemilik mendapati carbon wing keretanya terkepak.

Sumber Gambar: FB Nathanael Koh
Sumber Gambar: FB John Toh

Ada netizen mendakwa terdapat pengunjung yang membawa masuk mercun ke dalam ruang pameran dan membakarnya berhampiran kereta.

Semasa kejadian itu berlaku suasana di ruang parkir bawah tanah itu sangat kelam-kabut dan kecoh. Ditambah pula dengan suhu yang semakin meningkat dan asap semakin berkumpul disebabkan pemilik kereta membuat aksi ‘Pops & Bang’.

Sumber Gambar: IG Story @_balqiswhznn

Dalam maklumat terbaharu kami terima, kereta salah satu peserta acara tersebut telah dikhianat oleh pengunjung.

Menurut laporan polis dibuat, mekanik yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kereta itu mendapati 14 biji lug nut telah dilonggarkan dan 6 biji lug nut telah dicuri.

Sumber Gambar: IG @airconsejuk

“Kereta ini dibiarkan bersendirian selama 30 minit semasa pemandu sedang dalam perjalanan masuk, ahli kumpulan yang lain keluar lebih awal kerana asap dan suhu panas tidak dapat ditanggung kerana peserta lain membuat ‘Pops & Bang‘ di tempat letak kereta yang tertutup.

“Kami tidak pernah mengalami perkara sebegitu sebelum ini dan tidak pernah menghadapi masalah meninggalkan kereta bersendirian di Retro Havoc walaupun sehingga Ahad dalam acara yang lalu,” luah kekecewaan pemilik Instagram @airconsejuk.

Sumber Gambar: Instagram @retrohavocofficial

Dalam satu komen Instagram Retro Havoc, penganjur menyatakan ‘amaran awal’ telah diberikan kepada semua peserta secara bertulis sewaktu pendaftaran di mana perbuatan ‘revving’ dan ‘Pops & Bang’ dilarang sama sekali. Namun, masih ada ramai pemilik yang tidak mengendahkan peraturan tersebut.

Tambah mereka lagi, oleh kerana harga tiket terlalu murah, pada masa hadapan pihak Retro Havoc mempunyai perancangan untuk menaikkan harga tiket menjadi RM30 dan pengunjung diterhadkan sebanyak 25,000 pengunjung sahaja.

Cadangan itu dikongsikan selepas ramai netizen mengadu pada penganjur kekecohan yang dicetuskan oleh pengunjung BBNU pada hari Sabtu lalu.

Insiden pengunjung tidak beradap ini bukanlah perkara yang asing di Malaysia, pada tahun lalu ada seorang kanak-kanak dirakam memanjat bonet hadapan sebuah Ferrari dan menjadikannya sebagai gelongsor, tanpa dihalang oleh penjaganya.