Selepas mengumumkan barisan kabinet Jemaah Menteri pada 2 Disember lalu, hari ini Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan Mesyuarat Khas Kabinet pertama yang dihadiri oleh kesemua 27 menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra, di sini.
Baharu sahaja diumumkan dalam sidang media secara langsung petang tadi, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Jemaah Menteri di bawah pimpinnya akan dipotong gaji mereka sebanyak 20 peratus setiap bulan sehinggalah keadaan ekonomi negara kembali stabil semula.

Baca Juga:
- Didakwa Ambil Gaji Sebagai Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim Tampil Beri Penjelasan Sebenar
- Alami Keadaan ‘Luar Biasa’, Rafizi Ramli Jawab Isu Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai Menteri Kewangan
- Ditempah Sebelum Jadi PM, Anwar Ibrahim Tolak Guna Mercedes S600 Sebagai Kenderaan Rasmi
Menteri setuju potong gaji 20%, kata Anwar #FMTNews https://t.co/NPN0d2CTTH
— Free Malaysia Today (@fmtoday) December 5, 2022
“Jemaah Menteri setuju bahawa atas semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat dan memotong gaji setiap bulan sebanyak 20 peratus.
“(Pemotongan gaji) ini sehingga ekonomi pulih. Kalau ekonomi pulih tiga tahun (pemotongan berlaku tiga tahun).
“Pemotongan gaji ini tidak wajar dan saya berterima kasih dengan kesediaan mereka (barisan Kabinet),” kata Perdana Menteri.
Pengumuman tersebut disambut baik oleh netizen dan ramai berharap agar ekonomi negara dapat kembali pulih dan stabil di bawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan ini.



Dalam sidang media yang sama juga, Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut menjawab dakwaan bahawa beliau mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan, walaupun beliau tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri.
Menurut Perdana Menteri, walaupun memegang dua portfolio tersebut, beliau hanya akan menerima satu gaji sahaja. Dalam erti kata lain, beliau tidak akan menerima gaji bagi kedua-dua portfolio tersebut.