Sudah menjadi impian buat sejumlah besar ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berjaya melanjutkan pelajaran di menara gading.
Dalam pada itu, usaha untuk mendaftarkan diri di universiti terkadang penuh dengan cabaran yang perlu ditempuhi bukan sahaja daripada pihak pelajar, malah seluruh keluarga.
Baca Juga:
- Niat Mahu Makan Durian Di Johor, Tapi Ditipu Sehingga Rugi RM380,000
- Pelanggan Lari Tidak Bayar Makanan, Peniaga Burger Ini Dakwa Rugi Lebih RM80
Terbaharu, tular sebuah keluarga dari Sarawak yang berjaya menyentuh hati pelbagai pihak menerusi perkongsian TikTok @umpmalaysia apabila dilihat mengheret beg dari luar pagar universiti semata-mata untuk mendaftarkan anak mereka di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.
Difahamkan sejurus selepas melihat keadaan keluarga ini, pihak universiti terus menyediakan sebuah kereta untuk memuatkan bagasi serta keluarga ini bagi memudahkan proses pendaftaran.
Tindakan keluarga ini secara tidak langsung telah mendapat ramai khususnya mereka yang turut pernah melalui situasi yang hampir sama.


Menerusi perkongsian di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap kecekalan keluarga ini serta mendoakan kejayaan mengiringi pelajar ini.
Tidak kurang juga yang memaklumkan bapa kepada pelajar ini merupakan seorang guru besar di sebuah sekolah di Sarawak. Kecekalan untuk terbang jauh dari Sarawak untuk ke Pahang serta sanggup menghantar anak mereka antara yang menarik perhatian ramai.