Kisah kecekalan seorang lelaki yang kelainan upaya (OKU) yang menjual keropok dan air kotak dengan hanya berkerusi roda menjadi tular di media sosial selepas videonya dimuat naik ke YouTube, sejak beberapa hari yang lalu.
Lelaki OKU tersebut sering ditemani oleh anak saudaranya ketika sedang menjual di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang.
Kisahnya mula mendapat perhatian ramai apabila seorang YouTuber terkenal, Azfar Badrul memuat naik tentang beliau di YouTube miliknya.
Azfar Badrul yang dikenali kerana sering mengetengahkan peniaga-peniaga kecil dan kurang bernasib baik dengan membeli sambil bersedekah barangan yang dijual oleh mereka.
Menerusi video yang berdurasi 14 minit itu, pada mulanya lelaki OKU yang mesra dipanggil Pak Su itu kelihatan kekok dan tidak selesa kerana takut disalah anggap sebagai peminta sedekah.
Namun setelah mendapat penjelasan lanjut daripada Azfar, lelaki OKU tersebut membenarkan YouTuber tersebut untuk merakamnya. Azfar kemudiannya menyumbangkan barang jualan yang dibelinya daripada Pak Su kepada orang ramai sehingga semuanya habis.
Selepas semuanya selesai, Azfar memberikan wang berjumlah RM59 bagi nilai semua barangan tersebut ditambah wang RM300 hasil sumbangan subscribers Youtubenya.
Pak Su dan anak saudaranya, Daniel sama sekali tidak menyangka akan menerima wang sebanyak itu.
Beliau dilihat mencium wang itu berulang-ulang kali sebelum memeluk anak saudaranya dengan erat sambil menitiskan air tanda bersyukur.
Rata-rata netizen melahirkan rasa terharu dengan tindakan yang dilakukan oleh YouTuber itu selain turut mengharapkan agar Pak Su dan Daniel sentiasa dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.
Terdahulu, tular sebuah perkongsian yang memaparkan kisah kecekalan seorang penghantar Foodpanda OKU dalam mencari rezeki buatkan netizen sebak. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Filem Garang Merupakan Satu Inisiatif Untuk Bantu Atlet Paralimpik
Buat Individu Yang Selalu Salah Gunakan Kemudahan OKU, Anda Bakal Dihukum