Bila sebut polis, kita sudah pasti terbayang akan sifat ketegasan mereka dalam melakukan tugasan. Ada kalanya sampai sebahagian orang memilih untuk mengelak bertemu dengan anggota beruniform kerana takut disoal siasat dan sebagainya.

Walaupun sering kali kita melihat badan polis tampil tegas di dalam tugasan seharian, sebenarnya masih ada di kalangan anggota yang menggunakan cara yang lebih mesra rakyat sewaktu bekerja dan berhadapan orang ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @mpv_shah, dapat dilihat seorang anggota polis menyantuni tiga orang warga Indonesia yang menetap di Malaysia menerusi satu operasi pemeriksaan.

Difahamkan, ketiga-tiga lelaki yang berasal dari Indonesia itu datang ke Malaysia secara sah bagi mencari rezeki yang halal.

Malah, ketika diminta menunjukkan kad pengenalan diri dan lesen memandu, pemandu kereta yang dikenali sebagai Wak itu tampil menunjukkan yang dia memiliki lesen memandu yang sah dari negara ini.

Netizen Seberang Puji Anggota PDRM Beri Layanan Baik Terhadap Warga Indonesia Ketika Pemeriksaan
Sumber Gambar: TikTok @mpv_shah

Menerusi video itu juga,  kedengaran anggota polis tersebut memuji ketiga-tiga lelaki Indonesia itu yang mempunyai dokumen lengkap.

Bukan itu sahaja, anggota polis itu sempat menitipkan nasihat kepada kumpulan lelaki itu.

“Jadi duduk Malaysia, duduk elok-elok, jangan buat perangai. Jangan buat apa, faham ye?

“Dekat Malaysia, kita ada undang-undang, sama seperti di Indonesia, ada undang-undang dia. Ini baguslah bererti Wak ada permit, ada lesen memandu, kira baguslah.

“Saya pun hanya manusia biasa, saya duduk Malaysia ni, kerja sebagai anggota polis, saling menghormatilah. Bagi kerjasama yang elok, boleh ye?” kata anggota polis itu kepada pemandu terbabit.

“Jaga keselamatan, jaga diri, itu yang paling penting,” katanya lagi.

Anggota itu turut menegaskan bahawa dia hanyalah manusia biasa dan menjalankan tugas seperti yang diarahkan sahaja. Jadi, dia memberi tanggapan bahawa semua orang akan dilayan sama rata tanpa mengira pangkat atau harta.

Apa yang menjadi perhatian adalah sikap dan layanan baik anggota polis berkenaan yang disifatkan segelintir netizen berbeza dengan pendekatan anggota polis lain yang jauh lebih “garang”.

@mpv_shah

Polis Menjaga Keselamatan dan Keamanan Awam👮🏻‍♂️ (Polis santuni Warga Indonesia yang menetap di Malaysia) #fypシ゚viral #fly #tenggokilodcc #mpv_shah @TenggoKilo

♬ Lagu Sedih Menyentuh – Sihon oye

Hantaran video yang tular itu berjaya meraih lebih 2 juta jumlah tontonan dan dipenuhi dengan komen positif dari warga netizen. Yang lebih menarik lagi, rata-rata netizen khususnya dari Indonesia memuji layanan baik yang diberikan oleh anggota tersebut.

Bagi kebanyakan mereka, sangat sukar untuk menemui dengan anggota polis yang tutur katanya yang lembut dan memberikan layanan baik kepada warga asing.

Netizen Seberang Puji Anggota PDRM Beri Layanan Baik Terhadap Warga Indonesia Ketika Pemeriksaan
Sumber Gambar: TikTok @mpv_shah
Netizen Seberang Puji Anggota PDRM Beri Layanan Baik Terhadap Warga Indonesia Ketika Pemeriksaan
Sumber Gambar: TikTok @mpv_shah

Dalam pada itu, ramai turut menitipkan doa kesejahteraan kepada anggota polis dan berharap agar lebih ramai anggota mencontohi budi bahasa yang ditonjolkan di dalam video tersebut.

Sumber