Umum ramai mengetahui apabila juruiring memberi arahan untuk kosongkan laluan, semua pengguna jalan raya perlu mematuhinya. Jika tidak, tindakan tegas boleh diambil.

Baru-baru ini netizen memuji dan mengucapkan tahniah kepada juruiring Polis Tentera (Military Police/MP) kerana menunjukkan sifat berhemah dan harmoni kepada pengguna jalan raya lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video yang dimuat naik TikTok @sirap.laici, terdapat seorang juruiring MP sedang bertugas membawa konvoi. Beliau dari lorong kiri perlahan-lahan memasuki lorong kanan.

@sirap.laici

salam ramadhan 2024 hormat tanda terima kasih🫡🫡 #rezeki_allah #insta360x3 #foryoupage #militarypolice #fyp #ramadhan Sirap.Laici

♬ Sholawat Badar – Muhajirlamkaruna

Apabila berada di lorong kanan, dia berada di belakang sebuah Honda Jazz. Beliau melambai-lambai jari memberi arahan kepada pemandu kereta untuk mengalihkan kenderaan ke lorong tengah.

Sejurus Honda tersebut mengubah laluan, juruiring itu memotong kereta itu dan memberikan tabik hormat dan ‘thumbs up’ sebagai ucapan terima kasih kerana memberikan kerjasama.

Siap Tabik Dan 'Thumbs Up', Netizen Puji Juruiring Polis Tentera Berhemah Dengan Pengguna Jalan Raya
Sumber Gambar: TikTok @sirap.laici
Sumber Gambar: TikTok @sirap.laici
Sumber Gambar: TikTok @sirap.laici
Sumber Gambar: TikTok @sirap.laici

Ketika artikel ini ditulis, pada ruangan komen video tersebut didapati ramai netizen memuji juruiring tersebut dan berharap beliau dapat terus memberikan layanan seperti itu kepada pengguna jalan raya lain.

“Tabik spring yang mahal itu. Cukup bernilai untuk orang awam,”

“Terbaiklah tuan. Teruskan tabik hormat kepada mereka yang memberi laluan semasa escort,”

“Hormatilah antara satu sama lain dengan senyuman dan thumbs up. Semoga berjaya dengan tugas anda sahabat. Berhati-hati di jalan raya,”

“Salam Ramadan. Hati-hati semasa bertugas,” kata sebahagian warganet.

Netizen turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan ‘Salam Ramadan’ dan meminta berhati-hati semasa menjalankan tugas kepada juruiring Polis Tentera itu.

Untuk makluman, Polis Tentera atau lebih dikenali sebagai MP (Military Police) adalah sebuah badan yang menjaga dan memelihara undang-undang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).