Baru-baru ini tular satu video rakaman dashcam di mana sebuah lori terpaksa brek mengejut selepas salah seorang juruiring memberhentikan motosikalnya di tengah-tengah jalan.
Video yang dirakam pada 20/02/2024 lalu itu menunjukkan pemandangan lori bergerak di lorong kiri. Kemudian datang seorang juruiring dari susur masuk kiri memperlahankan motosikal di hadapan lori tersebut.
Baca Juga:
- Dua Maut Dalam Nahas 12 Kenderaan, Pemandu Lori Treler Akan Ditahan Untuk Siasatan
- VIP Potong Barisan Semasa Pengguna Jalan Raya Terperangkap Dalam Kesesakan Undang Kemarahan Ramai
- Ambulans Didakwa Terpaksa Berhenti, Pihak Polis Jelaskan Isu Beri Laluan Pada Konvoi VIP
Sambil mengangkat tangan, juruiring meminta pemandu memperlahankan dan memberhentikan lori untuk memberi laluan dipercayai untuk VIP.
Kalau ye nak block laluan untuk vvip pun fikir lah sikit yang kau tahan tu lori bang.
Kau ingat lori ni kalau brek boleh terus berhenti?
Ambil lah pengajaran sikit dari kes yang lepas. pic.twitter.com/ULVruEE58p
— Amran Fans (@_AmranFans) February 22, 2024
Bagaimanapun lori tersebut masih bergerak perlahan sebelum berhenti sepenuhnya. Jelas kelihatan juruiring itu ‘marah’ kepada pemandu tersebut.
Selang beberapa saat kemudian, barulah hampir 15 buah motosikal juruiring yang lain keluar dari susur masuk lorong kiri, diikuti sebuah Proton X70 berwarna hitam.
Tidak dapat dipastikan sama ada SUV itu sebahagian daripada konvoi VIP atau tidak kerana video terhenti setakat itu sahaja.
Tindakan juruiring mengarahkan lori berhenti secara mengejut itu menyebabkan ramai warganet kurang senang.
Kalo jadi apa² jgn salahkan lori lah, tetiba suruh break mcm tu je, dia ingat myvi ke 😭😭
— Zan (@BaekBoy__) February 23, 2024
Jenis tak belajar dari kes di Putrajaya. Itu kalau lori tak dapat nak brek, arwah dah polis tue
— Nagasaki Casper (@AlimiMohd) February 22, 2024
@PDRMsia betul ke SOP escort mcm ni? Kalau kereta mungkin boleh kot tahan mcm ni. Ni lori kot bukan pakai brek brembo
— MiRo.𝕏. (@mr_miyo) February 23, 2024
Tak salah nak escort VIP, tapi sampai tiga kali ko angkat tangan, takkan ko tak paham yang lori tu perlu jarak utk berhenti. Bukan lori tu taknak berhenti, dia dah tekan brek la tu, cuma dia perlu masa. Ko macam tak puas hati pulak dia berhenti lambat.
— Jit Muzaffar (@jit_mu) February 23, 2024
Ramai bimbang insiden yang meragut nyawa berlaku di Putrajaya pada September tahun lalu berulang lagi, gara-gara pemandu gagal memberhentikan lori apabila terdapat juruiring memberhentikan motosikal di tengah jalan untuk memberi laluan kepada VIP.
Warganet meminta pihak berkuasa untuk menyemak semula SOP juruiring memberhentikan kenderaan lain semasa berada di tengah-tengah jalan raya.
Ini kerana tidak rumit bagi kenderaan kecil berhenti serta-merta. Bagaimanapun ia menjadi satu kesukaran untuk sesebuah kenderaan bersaiz besar.
Kenderaan besar memerlukan jarak dan masa sebelum dapat berhenti sepenuhnya kerana bebanan saiz.