Mula ditayangkan pada tahun 1999, kini pada tahun 2021 drama siri Gerak Khas telah ditamatkan. Ramai mulai terkejut apabila drama siri terakhir Gerak Khas ditayangkan di TV3 dan bukannya di RTM.
Untuk pengetahuan anda, drama siri itu sudah tamat ditayangkan pada hari Sabtu yang lalu dan ia hadir dengan lebih 1,000 episod secara keseluruhannya menjadikan ia drama siri paling panjang bersiaran menurut Malaysia Book Of Records.

Drama siri Gerak Khas ini berkisahkan tentang pihak polis menyelesaikan pelbagai jenayah yang berlaku di Malaysia seperti kes pembunuhan, rompakan, penculikan dan banyak lagi.
Menurut Datuk Yusof Haslam, dirinya tidak menyangka bahawa siri Gerak Khas dapat diteruskan dalam satu tempoh yang lama. Ini semua disebabkan sokongan padu penonton sepanjang siri Gerak Khas ditayangkan.
Rata-rata netizen telah menzahirkan rasa sedih apabila drama siri Gerak Khas ini telah melabuhkan tirainya. Para netizen turut mengatakan drama tersebut telah menemani masa muda mereka dan memberikan hiburan kepada mereka.
The end of gerak khas the finale..membesar dgn cite ni dulu..
Dgr rentak je da semangat.— tulip 바디랗 (@N_F4dhil4h_) March 27, 2021
Habis dah Gerak Khas The Finale. Okay nangis sebab Datul Helmi bersara😭😭😭😭 #GerakKhasTheFinale
— AYU⁷🇲🇾 (@asynui) March 27, 2021
Selepas 22 tahun bersiaran, Gerak Khas The Finale menamatkan episod terakhir pada malam ini. Terima kasih kerana menghiburkan rakyat Malaysia. Selamat bersara Tuan Helmi #GerakKhasTheFinale pic.twitter.com/lssth1MZz8
— Van Jed 🏴 (@ShafwanZaidon) March 27, 2021
Tahniah @Skop_Prodns dan Datuk #yusufhaslam atas sumbangan kepada industri filem negara melalui drama bersiri Gerak Khas. Maka berakhirlah episod akhir Gerak Khas The Finale dan Selamat 'Bersara' Datuk! Terima kasih!
— ~MIA~ (@mailisz88) March 27, 2021
Adakah anda sempat menonton episod akhir Gerak Khas pada Sabtu yang lalu? Apakah perasaan anda selepas ia tamat?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Gerak Khas pada pautan di bawah ini.
Selepas 20 Tahun Bersiaran Di RTM, Netizen Terkejut Siri Akhir Gerak Khas Bakal Ditayangkan Di TV3
Terima Sambutan Hangat Dari Peminat, Yusof Haslam Sahkan Ini ‘Titik Noktah’ Buat Gerak Khas
Bakal Pencen Tidak Lama Lagi, ‘Detektif Lingam’ Kini Buka Dapur Gerak Khas