Boleh dikatakan golongan muda pada masa kini semakin menghakis semangat patriotik di dalam diri mereka apabila lebih mengenali artis-artis berbanding ahli negarawan yang berjasa kepada negara ini.

Mana tidaknya, mereka mungkin lebih terdedah kepada dunia hiburan menerusi telefon pintar sepanjang masa berbanding mempelajari subjek Sejarah di bangku sekolah sahaja.

Baca Juga:

Baru-baru ini, tular satu hantaran di TikTok @raffisimple yang memaparkan dia membuat social experiment untuk melihat sejauh mana orang ramai mengenali tokoh negarawan Malaysia terdahulu.

Pada mulanya, Raffi menunjukkan foto selebriti tanah air kepada setiap individu dan ternyata kesemua daripada mereka telah memberikan jawapan yang betul iaitu Zul Ariffin.

Dalam menguji pengetahuan am masing-masing, Raffi kemudiannya menunjukkan pula gambar potret Perdana Menteri Malaysia pertama dan juga merangkap Bapa Kemerdekaan iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Kelihatannya ramai terpinga-pinga kerana tidak mengenali sosok negarawan tersebut. Malah lebih teruk lagi, majoritinya telah terkeliru dengan menyebut Tunku Abdul Razak dan ada yang mendakwa tokoh tersebut bekerja sebagai RELA.

Walaupun seorang lelaki telah menjawab dengan nama gelaran yang betul iaitu ‘Bapa Kemerdekaan’, namun dia salah ketika menyebut nama penuh tokoh berkenaan.

@raffisimple

Pandaiii 😂🇲🇾 #publicinterview #socialexperiment #fypシ゚viral #tekateki #publicchallenge #publicreaction

♬ original sound – RAFFI KE TU – RAFFI KE TU

Memindai ke ruangan komentar, rata-rata netizen berasa sedih melihat generasi kini yang langsung tidak tahu tokoh-tokoh negarawan tanah air.

Sumber Gambar: TikTok @raffisimple
Sumber Gambar: TikTok @raffisimple

Diharapkan orang ramai mengambil cakna berkaitan tokoh-tokoh negarawan tanah air kerana ia satu pengetahuan am yang sepatutnya di ketahui oleh setiap rakyat Malaysia.