Seorang lelaki telah memuat naik satu hantaran di media sosial dengan sindiran tentang ukuran kejayaan seorang guru atau cikgu.

Lelalki itu menulis: “Katanya tanpa sekolah dan ijazah, kamu tak akan berjaya, tetapi aku belum pernah lihat guru memakai Lamborghini”

Dia bergambar di hadapan kereta Lamborghini untuk membuktikan bahawa dia lebih berjaya daripada mana mana guru di Malaysia walaupu tanpa ijazah.

Kenyataan itu mengundang kritikan daripada netizen. Mereka nengingatkan lelaki tesebut bahawa dia tidak sepatutnya menghina guru kerana tanpa guru dia tidak akan tahu cara menuls di media sosial.

@gerab_nizam

jangan hina cikgu sebab cikgu la awak bole menulis kat tiktok tu #grabnizam #tahuzargus #kekpisangzargus #sambalkicapzargus #zokter

♬ terbuai aku dalam janji manismu – Risxa Winary

Ustaz Elyas Ismail pula menganggap kenyataan tersebut tidak boleh diterima.

@ustazelyasismail

Wah lain macam punya pandangan terhadap cikgu ya?? Bertenanglah dengan @Wisma Anna Legacy #fyp #ustazelyasismail

♬ Sad Music – Max-Music

Ada juga guru yang memberikan respon kepada kenyataan tersebut. Dengan menyatakan bahawa matlamat utama mereka adalah untuk mendidik anak bangsa sehingga berjaya dengan harapan ada di antara pelajar mereka itu suatu hari nanti memakai Lamborghini.

@raziyan

Lamborghini x de dlm senarai. buatan Malaysia pun dah ok.

♬ original sound – Lirik lagu – Lirik lagu

Kemudian netizen lain menegaskan bahawa, ada segelintir cikgu lebih memilih kereta MPV kerana mereka boleh menggunakan kenderaan tersebut untuk membawa murid mereka ke sesuatu tempat untuk melakukan aktiviti akademik, kokurikulum, sukan dan sebagainya. Selain boleh digunakan untuk menumpangkan murid mereka ke sekolah.