Sebut sahaja nasi goreng, pasti anda sudah terbayang keenakan rasa nasi goreng yang pelbagai dan mudah didapati serta mudah juga untuk membuatnya.
Untuk pengetahuan anda, nasi goreng merupakan hidangan kebangsaan Indonesia. Terbaharu, sebuah video yang menampilkan Rich Brian seorang rapper dari Indonesia masak nasi goreng telah dikongsikan oleh Food Insider.
Resembling fried rice, nasi goreng is made with a thick, sweet Indonesian soy sauce called kecap pic.twitter.com/fnGVvfmyOX
— Insider Food (@insiderfood) December 30, 2019
Menerusi video tersebut, dapat dilihat ‘skill’ Rich Brian masak nasi goreng. Akan tetapi, apa yang menjadi buah mulut orang ramai adalah caption yang dikongsikan.
Perkongsian tersebut mendakwa bahawa fried rice menyerupai nasi goreng dan rata-rata netizen mengatakan bahawa fried rice adalah nasi goreng bukannya menyerupai.
Nasi goreng literally means "fried rice". Nasi = Rice. Goreng = Fried. I know everyone else in this comment thread has mentioned that, but I want to reilliterate that because of how stupid this tweet is.
Also kecap is available in other countries like Malaysia and Singapore too.
— Batter Sempai the Axolittle 💀💜 (@batter_sempai) December 31, 2019
https://twitter.com/curious_fingers/status/1211508160340484096
Rata-rata netizen memperbetulkan kenyataan Food Insider di Twitter. Apa pendapat anda mengenai isu ini? Mungkin perkara ini sengaja dilakukan untuk menarik perhatian ramai pihak atau sebaliknya?
Cerita tentang nasi goreng, pasti buat anda lapar, bukan? Apa kata anda ikuti petua rahsia jadikan nasi goreng sedap dan lazat pada pautan di bawah ini.
Petua ‘Rahsia’ Untuk Menjadikan Nasi Goreng Lazat Dan Power Anda Perlu Tahu
Resipi ‘Beef Prosperity Burger’ Ala McDonald’s Yang Lazat Dan Mudah Anda Kena Cuba
Ketahui Sejarah Snek Choki-Choki Kegemaran Orang Ramai Di Malaysia