Vocket Makan telah dijemput ke Restoran Baba & Co yang terletak di Sunway Giza Mall, yang membawa konsep masakan Cina Halal & Nyonya. Yang pasti jenis masakan yang disediakan sesuai untuk dimakan bersama keluarga mahupun seorang.
Hiasan dalaman restoran yang ringkas dan menenangkan memberi keselesaan kepada pengunjung untuk menjamu selera.
Dinamakan Baba & Co kerana ia merupakan simbolik kepada percampuran bangsa dan budaya yang unik di Malaysia, turut pemiliknya. Restoran ini menyediakan sajian Cina original style, Nyonya campuran ala Cina dan Melayu dan ianya halal dimana boleh dinikmati oleh kaum Muslim.
BACA: 7 Kafe Dan Restoran Sekitar Shah Alam Bakal Buat Anda Terus Lapar
Baba & Co menampilkan pilihan makanan yang sangat banyak, sama ada anda inginkan makan secara berhidang atau pun a la carte, mereka boleh menyediakannya.
Kami dihidangkan dengan 3 jenis appetizer sebagai permulaan iaitu Salad Chicken, Fruity Salad Chicken dan Salad Prawn with Wasabi. Ketiga-tiga hidangan ini mempunyai konsep yang sama iaitu ayam dan udang goreng bersalut tepung yang digoreng dengan agak chruncy kemudian dihidangkan dengan dressing yang berbeza-beza.
Salad Chicken yang dicurah dengan mayonis mempunyai rasa yang lemak, manakala Fruity Salad Chicken lebih menarik, dressingnya dengan rasa manis-manis buah oren dan mangga. Sedap dimakan panas-panas.
Salad Prawn with Wasabi, harganya agak mahal tapi bilangan udangnya memberikan justifikasi. Dengan udang goreng bersalut tepung nipis, bersama mayonis berperisa wasabi memang memberikan kelainan. Ianya tidak terlalu pedas tetapi wasabi dapat dirasai disamping lemak-lemak mayonis. Mesti dicuba oleh penggemar udang.
Lauk utama kami, Nyonya Three Style menggabungkan pelbagai seafood, ikan, udang, sotong dimasak dengan kuah nyonya. Ini menu mesti order kerana rasa amat sedap masam-masam lemak, memang menyerlahkan ke-‘baba’-an dan sebab kukuh kenapa anda ke restoran ini. Jika anda inginkan ikan sahaja, terdapat menu ikan bersama kuah yang sama.
BACA: Mee Bandung Udang Galah Restoran Bisik-Bisik Memang Terangkat!
Ops, lupa sup pemula. Spicy Tofu Soup adalah appetizer kedua sebelum anda memulakan hidangan utama. Sup pekat masam-masam pedas ini mempunyai pelbagai isi seperti isi ketam, tofu dan yang kami rasa istimewa ialah minyak cili. Sebab tu datang rasa pedasnya.
Enak dihirup panas-panas sebaik sahaja dihidangkan. Hidangan dalam gambar ini di dalam mangkuk kecil untuk individu. Sekiranya anda datang ramai, restoran ini akan menghidangkannya dalam mangkuk yang lebih besar.
Kita sambung lauk utama. Kali ini kami dihidangkan dengan 2 jenis masakan ikan bawal iaitu Sweet & Sour dan Thai Style.
Sweet & Sour menjanjikan rasa yang bercampur masam-masam manis di dalam mulut manakala Thai Style lebih ketara keenakannya dengan rasa manis sos thai bersama potongan-potongan nenas yang menyegarkan. Berasa keaslian Thainya. Anda boleh memilih sama ada inginkan ikan bawal ataupun ikan kerapu.
BACA: Kak Mah Nasi Dagang Pintu 1 Putrajaya Janjikan Sarapan Pagi Yang Mantap
Lagi lauk best antaranya ialah Sizzling Three Style. Menu ini menampilkan udang, sotong, ikan dimasak dengan kuah sambal hitam pekat yang tidak terlalu pedas macam sambal biasa, tapi bila disizling, rasanya begitu menyerlah dan tampak kelainan. Satu lagi menu wajib order untuk penggemar seafood.
Three Taste Chicken bukan masakan kebiasaan, ianya bersalut sos kehitaman, menyerlahkan rasa manis madu dan berempah yang jarang kita jumpa di kedai-kedai lain.
Black Bean Sauce Beef , menu ini biasa senang nak jumpa tapi masakan chef restoran ini menyerlahkan rasa black papper yang tidak terlalu pedas dan panas. Kuahnya juga pekat. Pada kami, kalau keluarga yang punyai anak ramai mesti suka menu ini.
Fish Paste Mushroom adalah antara menu sayur yang dihidangkan kepada kami. Sayur ini memang didominasi rasa cendawan bersama sos tiram kalau mengikut rasa tekak kami. Pengemar cendawan mesti puas hati dengan keenakannya.
Antara hidangan a la carte yang dihidangkan kepada kami ialah Tom Yam Fried Rice. Nasi goreng tom yam dia memang terbaik. Rasa enak yang luar biasa, segalanya seakan cukup perisa, tak sedar suapan demi suapan. Dalam suapan terdapat rasa masam limau yang mengasyikkan dimakan bersama salad, telur mata dan keropok ikan. Ini memang luar biasa.
Signature Silver Eggs ini kami jamin anda tak pernah tengok dan rasa. Ianya menawarkan tekstur yang berbeza kerana dimasak bersama telur dan suhun, yang menjadikannya berketul-ketul pabila disudu. Untuk yang tak pasti nak nasi atau mi, mungkin ini kombinasi yang menjadi pilihan terbaik. Rasanya kaya dengan telur dan sayur-sayuran lain.
Terdapat beberapa lagi pilihan menu seperti roti dan dessert. Anda boleh cuba menu yang disediakan sesuai untuk semua golongan.
Restoran Baba & Co ini dimiliki oleh seorang usahawan bumiputera dan baru beroperasi sekitar bulan September yang lepas. Masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan Halal Jakim, beliau memberi jaminan bahawa kesemua hidangannya adalah halal.
Sekiranya anda ingin menikmati sajian di luar bersama keluarga, kami memang beri high recommendation untuk anda cuba singgah di Baba & Co. Oh, restoran ini menyediakan promosi makan sehingga hujung bulan November ini. Rugi kalau tak datang tau!
Nama Restoran : Baba & Co
Lokasi : G-06, Sunway Giza Mall, Petaling Jaya (di dalam mall berhadapan Nandos dan Village Grocer) (waze)
Layari laman Facebook restoran ini.
Waktu beroperasi : 10am – 10pm
BACA: Nikmati Hidangan Western Dengan Harga Berpatutan Di Restoran Chop N Steak Seri Kembangan
BACA juga: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia