Pada hari semalam tular berita mengenai kemalangan melibatkan sebuah kereta mewah jenis Maserati dipandu warganegara Singapura yang dipercayai menjadi punca seorang penunggang motosikal maut.

Sebahagian pengguna Lebuhraya Link Kedua pada ketika itu memberhentikan kenderaan dan mengepung kereta mewah terbabit.

Baca Juga:

Ada di antara mereka bertindak luar kawalan dengan merosakkan kereta mewah itu.

Daripada gambar yang tular bahagian cermin hadapan retak seribu, dipercayai dipukul dengan topi keledar.

Netizen Singapura tak puas hati orang Malaysia agresif bila beramai-ramai
Pemandu Maserati Singapura Buat 'U-Turn' Haram, Penunggang Motosikal Malaysia Maut
Sumber Gambar: Facebook Low Micheal

Perkara itu membuatkan netizen Singapura kurang senang melihat tindakan agresif yang ditunjukkan orang Malaysia.

“Ini ke cara orang Malaysia? Main suka-suka hentam kereta orang bila beramai-ramai? Hanya kerana anda semua berani ramai ke?

“Ya betul, sahabat kami yang terlibat dalam kemalangan di Tuas Bridge atas kesilapannya. Tapi bukan dia yang penyebab kematian seorang rider.

“Habis yang ramai-ramai kepung sahabat kami apa cerita? Pecahkan kereta dia apa cerita? Sahabat kami bukannya nak lari pun, jadi anda semua jangan nak putar belit cerita cakap nak lari,” kata seorang netizen negara jiran.

'Ramai Berani Lah' – Netizen Singapura Tak Puas Hati Orang Malaysia Pecahkan Maserati Kemalangan

Menurut netizen Singapura lain, hal insiden itu sepatutnya dibiarkan kepada pihak polis untuk menguruskannya.

Bukan menggunakan kekerasan tangan sendiri.

Dalam masa sama netizen Singapura menegaskan kemalangan yang berlaku itu atas kecuaian mangsa yang tidak berhati-hati, bukan sebab pemandu Maserati terbabit yang sudah tersadai di tepi jalan jauh lebih awal lagi.

'Ramai Berani Lah' – Netizen Singapura Tak Puas Hati Orang Malaysia Pecahkan Maserati Kemalangan

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu dan merbahaya.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di talian 07-5101322.