Pengguna reddit dari Malaysia tergamam melihat iklan kerja di Singapura, di mana pencuci tandas boleh meraih pendapatan dari RM10,500 sehingga RM13,000.
Netizen berkongsi dengan menulis: “Cuci tandas dengan gaji RM10k? – [berkongsi] dengan nada tangisan gaji minimum RM1,700.”
Satu iklan kerja telah dikongsikan oleh pengguna reddit tersebut, dengan menyatakan skop kerja adalah mencuci tandas, serta menggunakan mesin untuk kerja kerja mencuci.
Pekerja juga tertakluk kepada waktu bekerja selama 8 jam dan jika diperlukan untuk bekerja lebih masa (OT), maka waktu bekerja mencecah 12 jam sehari. OT dibayar pada kadar 1.5 sejam.
Namun begitu syaratnya, pemohon harus ada ijazah. Ada juga yang mempersoalkan, kenapa jadi ‘cleaner’ pun kena ada ijazah.
Menurut netizen yang lain biasanya, yang memerlukan ijazah ini adalah untuk tujuan mendapatkan S-Pass terus. Ini kerana untuk mendapatkan S-Pass syarat minimum adalah diploma dan sijil teknikal yang diikiraf.
Oleh kerana terlalu ramai pemohon yang memohon S-Pass ini, maka banyak majikan di Singapura meletakkan syarat lebih tinggi iaitu ijazah untuk mengecilkan lagi jumlah pemohon yang disaring.
S-Pass di Singapura ialah sejenis pas kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (MOM) untuk pekerja asing yang berkemahiran menengah.
S-Pass adalah pas pekerjaan yang lebih tinggi daripada permit kerja. Ketika ini, ramai majikan di Singapura yang memanipulasi pekerja yang memiliki permit kerja.
Sedangkan S-Pass adalah golongan yang berada di antara Work Permit (untuk pekerja kurang mahir) dan Employment Pass (EP) (untuk profesional berkemahiran tinggi).
Seorang netizen yang dipercayai berpengalaman bekerja di Singapura menyatakan bahawa: “Anggap sahaja itu tuah kalau dapat gaji RM10-13k sebulan sebagai tukang cuci, kerana tak semua tukang cuci dapat gaji sebanyak itu.
“Namun untuk rakyat Singapura, gaji itu bukanlah besar. Tetapi kalau kamu dapat gaji sebanyak itu, sudah tentu boleh hantar wang sekurang kurangnya RM1,000 kepada ibu bapa kamu, itu sudah bagus.”
