Pada zaman penggunaan media sosial serba meluas waktu ini, pihak marketing bersungguh-sungguh cuba menghasilkan konten pemasaran yang santai serta ‘dekat dengan netizen’ agar mudah orang ramai kaitkan isu semasa dengan kehidupan sebenar.
Terbaharu, media sosial AEON Retail Malaysia (AEON) telah memuat naik satu hantaran ‘menyindir’ kelab kereta Honda Civic FC yang mencetuskan kritikan orang ramai apabila meletakkan kenderaan beramai-ramai di lorong kecemasan Jalan Pintas Temiang pada minggu lalu.
Dalam hantaran AEON tersebut, mereka memberikan ‘pesanan’ kepada orang ramai agar meletakkan kereta di ruangan parkir pasar raya itu dalam keadaan yang teratur dan bersivik.
Pada masa sama, pasar raya yang mempunyai kira-kira 62 buah cawangan di negara ini turut mempromosikan secara tidak langsung kereta permainan Hot Wheels yang ada dijual oleh mereka.
Hantaran itu telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial yang terhibur dengan ‘mesej’ yang cuba disampaikan oleh AEON menerusi hantaran gambar grafik tersebut.
Tambah netizen lagi, mereka memuji pasukan marketing AEON ‘up-to-date‘ dengan perkembangan semasa dalam menghasilkan iklan pemasaran yang kreatif serta dapat menarik perhatian orang ramai.
*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Selepas isu geng Honda Civic FC hangat diperkatakan orang ramai, banyak ahli kumpulan kereta lain mula memadam gambar-gambar semasa mereka berkumpul di Temiang. Baca lebih lanjut di pautan bawah.
Selepas Geng Civic FC Dicari Polis, Kelab Kereta Lain Mula Padam Gambar ‘Gathering’ Di Temiang
Buat ‘Gathering’ Di Jalan Pintas Temiang, Netizen Tegur Geng Konvoi Honda Civic
Berhenti Di Lorong Kecemasan, Polis Akan Rekod Keterangan Ahli Kelab Kereta