Jika hendak pergi bercuti di negara bersalji, sudah pasti kita akan memakai sut lengkap untuk mengelak daripada kesejukkan.

Bagaimanapun seorang influencer mencuri tumpuan warganet apabila bermain salji dengan memakai baju kelawar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Apalah diorang ni pakai baju tebal-tebal kan. Acik okay saja, mungkin biasa redah pergi pasar pagi-pagi.

“Sedap ya pakai baju kelawar, angin senang masuk,” petik perkongsian media sosial Mak Kiah Ferry.

@makkiahferry

Sedap je ya pakai baju kelawar,angin senang masuk‼️ #makkiahferry #snowboarding #fypage

♬ original sound – MakkiahFerry Channel – MakkiahFerry Channel

Menerusi perkongsian media sosial influencer itu, beliau kini bercuti di Jepun untuk beberapa hari.

Apabila ditanya tidakkah beliau rasa sejuk bermain salji dengan hanya memakai baju kelawar saja, wanita itu menyatakan beliau rasa biasa saja.

“Serious tak. Suhu dia saya okay. Kalau pergi Beijing dulu, tak ada salji tapi MasyaAllah tak tahan. Kali ini okay pula,” ujar Mak Kiah Ferry.

Sumber Gambar: TikTok @makkiahferry
Sumber Gambar: TikTok @makkiahferry
Sumber Gambar: TikTok @makkiahferry

Menerusi komen-komen yang dikongsi warganet, ramai terhibur melihat gaya influencer itu bermain slide dengan memakai baju kelawar sahaja.

“Baju kelawar mendunia,”

“Kalau syarikat pengusaha batik malaysia taja akak ini lagi best kan sambil boleh promote,”

“Pemilik-pemilik kaftan boleh JV dengan mak cik ni weh!” petik antara perkongsian komen daripada netizen.

Pada masa sama, orang ramai memuji gelagat happy-go-lucky Mak Kiah Ferry dari sejak beliau berada di lapangan terbang, sehinggalah beliau sampai di kawasan gunung bersalji.

Bagi yang tidak kenal, Mak Kiah Ferry merupakan influencer, penghasil konten digital yang menggayakan watak seorang mak cik yang happy-go-lucky dengan memakai baju kaftan atau lebih dikenali ramai sebagai baju kelawar.