Memiliki ciri sekuriti pengimbas wajah pada peranti sememangnya satu keperluan. Hal ini kerana hanya pemilik sebenar yang boleh mengakses peranti tersebut sekaligus melindungi privasi mereka.
Namun, adik kepada pelakon, Syatilla Melvin iaitu Syida Melvin telah berkongsi pengalaman unik selepas meluahkan rasa terkejut apabila lock screen telefon bimbitnya boleh dibuka oleh kakaknya, Syafiqa Melvin melalui Face ID.

@bonnorhidayah dah kata memang muka depa sama sampai lockscreen pun tak boleh beza muka sama 🤣 #adikberadikthemelvin #syafiqamelvin #syidamelvin #syifamelvin #syatillamelvin #themelvins
Menerusi TikTok @bonnorhidayah, adik beradik Melvin dilihat terperanjat kerana wajah mereka yang ‘seiras’ dapat mengakses masuk ke telefon orang lain. Susulan penemuan itu, mereka berseloroh dan mahu melaporkan masalah itu kepada Apple.
Lebih menghiburkan, Syafiqa seolah-olah gembira kerana mampu menceroboh masuk telefon adiknya tanpa perlu menggunakan kata laluan. Hal ini sekaligus menarik perhatian netizen yang rata-ratanya turut terkejut dengan penemuan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen turut berkongsi pengalaman yang sama di mana mereka boleh mengakses masuk ke telefon adik beradik yang lain.


Senario boleh terjadi memandangkan sebahagian daripada kita ada yang secara aslinya telah berkongsi ciri atau struktur muka yang serupa di kalangan adik beradik sekaligus sukar untuk dikesan oleh pengimbas tersebut. Malah, insiden seumpama ini pernah dilaporkan di luar negara pada beberapa tahun lalu.