Menjadi satu perkara biasa buat kita membayar caj untuk masuk ke taman tema bahkan kadang-kala ke tandas awam.

Ini mungkin kali pertama kita mendengar tentang keperluan membayar caj untuk sekadar masuk melihat baju di dalam butik. Seorang pengguna TikTok @Shyx_rae mendedahkan tentang sebuah butik baju sewa yang sedang meningkat yang mana mengenakan caj masuk sebanyak RM10 kepada setiap pelanggan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lebih mengejutkan lagi apabila caj itu dikenakan bukan sahaja kepada pelanggan yang berminat untuk mencuba baju sahaja, bahkan mereka yang mahu teman juga tidak terkecuali.

Pihak butik juga menyatakan di dalam notis bahawa wang bayaran masuk itu hanya akan dikembalikan selepas pelanggan sudah membuat sewaan baju sahaja. Selain daripada itu sudah dikira hangus.

Tidak berhenti di situ sahaja, wanita itu turut berkongsi sejumlah review di Google yang mana majoritinya para pelanggan sangat tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan di samping layanan buruk yang diterima ketika di sana.

Sumber Gambar: TikTok @shyx_rae
Sumber Gambar: TikTok @shyx_rae

Hantaran wanita itu telah meraih perhatian netizen yang mana majoritinya sangat terkejut dengan pendekatan yang diambil oleh butik baju terkenal itu. Susulan itu, ramai yang memilih untuk tidak datang ke sini kerana rasa tidak berbaloi dan ada sejumlah alternatif di luar sana.

Sumber Gambar: TikTok @shyx_rae
Sumber Gambar: TikTok @shyx_rae

Dalam pada itu, ada juga netizen yang turut bersetuju dengan kenyataan review di Google itu dan berkongsi mengalami perkara yang sama ketika berada di butik baju terkenal itu.