Menjadi satu perkara biasa buat pengguna iPhone untuk menggantikan bateri lama kerana prestasi jangka hayat yang semakin merosot. Siapa sangka kini harga bateri untuk sesebuah iPhone sudah meningkat hingga ke tahap agak terlalu mahal.
Menerusi ciapan Twitter @XavierNaxa, beliau telah berkongsi tentang peningkatan harga bateri iPhone yang mana sekaligus memberi kesan kepada kos penukaran bateri itu sendiri.
Baca Juga:
- Pengguna Tunjuk Bateri iPhone 14 Pro Max Kembung Walaupun Baru Pakai Sebulan
- Pengguna iPhone 14 Pro Dakwa Alami ‘Green Screen’ Selepas Kemas Kini iOS 16

Difahamkan kos penukaran bateri untuk iPhone XS meningkat dari RM380 ke RM428 dan peningkatan ini turut dikenakan pada model-model lain. Kenaikan ini juga melibatkan seluruh negara.
Berdasarkan semakan kami sendiri, Machines dan Switch juga memperlihatkan peningkatan harga yang lebih kurang sama dimana terbukti harga penukaran bateri iPhone telah meningkat di Malaysia.
Menjengah ke bahagian komentar, rata-rata pengguna meluahkan rasa terkejut dengan peningkatan harga penukaran bateri iPhone pada ketika ini. Malah, mereka berpendapat harga bateri kereta jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan harga bateri iPhone terkini.



Malah, ada yang mendakwa baru sahaja menukar bateri iPhone XR dengan harga RM599. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada sebahagian pengguna iPhone yang mungkin lebih berminat untuk menukar bateri di kedai selain pengedar rasmi Apple selepas ini.