Sebagai seorang penghantar makanan, nampak tugasnya seperti mudah tetapi sebenarnya mempunyai cabarannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ketika cuaca kurang baik seperti ketika ini yang sering hujan.
Baru-baru ini TikTok @utusatvofficial berkongsi rakaman seorang rider penghantar makanan dipercayai sedang menunggu lampu isyarat merah ketika hujan lebat.
Baca Juga:
- Rider GrabFood Dipuji Sanggup Rempuh Motosikal Peragut Untuk Selamatkan Mangsa ‘Berbaju Kelawar’
- Dimaki Lambat Kerana Pelanggan Salah Pin ‘Location’, Rider Ini Diugut Dan Digantung Kerja
- Cara Penjual Biadab Minta Rider Ganti Rugi Kek Pelanggan Hancur Buat Netizen Berang
Walaupun rider itu terkena percikan air daripada beberapa kenderaan besar yang lalu dihadapannya, lelaki itu tetap tenang dan siap boleh ‘berjoget’ seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Kalau makanan yang dipesan atas talian lambat sikit sampai, berlebih kuranglah dengan penghantarnya tu.. Musim tengkujuh ni, kesukaran mereka berbeza walau harga upahnya masih sama dengan ketika cuaca baik. 😢 pic.twitter.com/yija2eivcO
— Jalal Misai (@jllmisai) October 31, 2022
Perkongsian video semula menerusi ciapan @jllmisai telah meraih perhatian netizen lain yang berasa tersentuh melihat rider foodpanda tersebut. Ramai yang menyatakan rasa serba salah untuk menempah makanan ketika waktu hujan.
Namun pengguna Twitter lain menyatakan ada segelintir rider pernah pesan kepadanya untuk terus membuat tempahan walaupun hujan kerana bagi mereka itulah peluang untuk mencari rezeki.
Betul.. risau dia rushing².. lepastu accident ke jatuh ke..
— 👩🏫 (@nrfzh27) October 31, 2022
Same thinking. Tp ada adik fp pnah ckp thank you kak order hujan2. Sbb selalunya time biasa kena berebut. Kalau hujan ramai yg off, so selalu time hujan sy dapat byk trip.
So maybe yg xnak buat time hujan, drng da off awal2.Yg betul2 memerlukan mmg tak kisah dpt order time hujan
— ✧・゚: * y u j i n*:・゚✧ (@_yennive) November 1, 2022
Kadang2 klu hujan mmg xkan order delivery, tapi klu sudah terorder dan hujan, sya akan beri tips lebih sikit pada rider. Dan biasanya klu rider lambat pun x kisah sgt, sbb biasanya sya pun akan order lebih awal sikit x lah kelaparan 😅
— Lady Stephanie Choong (@yukaeshi) October 31, 2022
Tambah netizen lagi, selepas menonton video ini bolehlah orang ramai bersabar sekiranya tempahan makanan lambat sampai dan berikan sedikit ‘tips’ kepada rider atas kesanggupan mereka meredah perjalanan ketika waktu hujan.