Kebersihan tandas di tempat awam terbukti paling susah nak dijaga kerana perangai segelintir individu yang tidak bertanggungjawab.
Siapa sangka dalam meraikan usaha tandas awam yang dijaga dengan baik oleh pihak swasta sehingga diadakan acara pengiktirafan tahunan menerusi usaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)?
Anjuran Toilet of The Year Award 2024 (TOTYA‘24) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap betapa pentingnya menjaga kebersihan tandas. Malah, mereka berjaya memenuhi kriteria BMW yang ditetapkan iaitu Bersih, Menawan dan Wangi.
Seorang pengguna X langsung meluahkan keterujaan melihat senarai pemenang Toilet of The Year Award 2024 (TOTYA‘24) pada kali ini dan merasakan ia sesuatu pengiktirafan yang penting patut diberi perhatian lebih oleh orang ramai.
“Ok tetapi kenapa saya baru mengetahui tentang anugerah tandas tahunan? Mungkin ini anugerah paling penting pada tahun ini,” tulis ciapannya.
Menariknya, terdapat pelbagai kategori yang dipertandingkan yang mana termasuklah stesen minyak, pusat beli-belah, hotel, kawasan rehat dan rawat (R&R), restoran,PBT dan sekolah.

Untuk senarai pemenang anugerah bagi setiap kategori, anda boleh lihat sendiri pada gambar yang disediakan di atas.
Dalam pada itu, si tukang ciapan turut berkongsi beberapa gambar SMK Merbau yang memenangi anugerah kategori sekolah.
Alangkah terkejutnya apabila melihat keadaan persekitaran yang kondusif dan bersih. Ini termasuklah perhiasan pokok bunga di keseluruhan kawasan tandas disamping lengkap dengan fasiliti yang berkualiti.
went to check the winner for kategori sekolah. damnn SMK Merbau won the daesang. IT school toilet.
my previous school could never 💀💀 pic.twitter.com/tDjI9zHQc5
— izzi (@IzzraifHarz) November 17, 2024
Ciapan lelaki ini langsung mencuri perhatian netizen dan ada yang berbangga kerana sudah pernah mengunjungi sebahagian lokasi yang menang anugerah terbabit dan memang berpuas hati sepanjang menggunakannya.
Dalam pada itu, seorang netizen turut berseloroh meminta pihak penganjur untuk turut mengambil kira aspek ketersediaan bidet atau hos air dalam kriteria pemarkahan. Hal ini kerana sudah semakin banyak pusat membeli-belah yang tidak menyertakan lagi bidet untuk kemudahan pembersihan pengguna.