Toyota Avanza merupakan salah satu model MPV yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia yang memilih kenderaan yang bersaiz besar untuk membawa ramai penumpang dan lebih muatan.

Baru-baru ini pengguna media sosial berkongsi perasaan teruja apabila melihat beberapa keping gambar model Toyota Avanza 2022 baharu yang dilancarkan untuk pasaran Filipina.

Perubahan paling ketara pada bahagian luaran MPV ini apabila ia tampil dengan rekaan yang lebih moden dan sporty berbanding model generasi terdahulu. Manakala daripada segi saiz pula, MPV ini lebih besar dan panjang berbanding sebelum ini dengan ukuran 4,395mm panjang, 1,730mm lebar, and 1,700mm tinggi.

Gambar-gambar yang berasal dari negara jiran Filipina itu telah dikongsikan semula oleh netizen yang rata-ratanya kagum dan teruja apabila melihat rekaan baharu MPV ini lebih menarik dan setanding dengan model-model MPV lain seperti Suzuki Ertiga dan Mitsubishi Xpander.

Netizen juga berharap agar MPV Toyota Avanza yang kini sudah ‘glow up‘ bakal dilancarkan di negara ini secara rasmi pada masa akan datang.

https://twitter.com/frettc_rawk/status/1502825621856014336?s=20&t=UVrX0SUk2SSqPIamGAt7Kw

Bagi menjawab persoalan itu, portal Paultan.org ada berkongsi maklumat bahawa kemungkinan besar ia tidak akan berlaku kerana UMW Toyota tidak mempunyai fasiliti untuk memasang model-model ‘Daihatsu New Global Architecture’ (DNGA).

Untuk menguatkan ‘jangkaan’ tersebut, portal itu menyatakan Presiden dan CEO Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad memberitahu bahawa Perodua hanya mensasarkan produksi untuk model pemasangan kontrak mereka untuk tahun 2022 adalah tidak sampai 2,000 unit setahun.

Berdasarkan angka tersebut kesemua unit yang dipasang secara kontrak di kilang Perodua berkenaan adalah Toyota Rush, tanpa ada sebarang perancangan untuk memasang Toyota Avanza baharu sepanjang tahun 2022 ini.

Namun, kita semua tidak menolak pelbagai kemungkinan boleh berlaku andaikata pihak Toyota berubah fikiran mahu menawarkan model MPV terbaharunya itu di Malaysia pada masa akan datang.

Sementara itu bolehlah anda tonton pelancaran rasmi di Filipina dan gambar-gambar Toyota Avanza terbaharu di bawah.

Model Toyota Avanza ini ditawarkan dalam empat varian untuk pasaran Filipina yang terdiri daripada 1.3 J MT – ₱813,000 (RM65,118), 1.3 E MT – ₱928,000 (RM74,329), 1.3 E CVT – ₱984,000 (RM78,814) dan 1.5 G CVT – ₱1,039,000 (RM83,220).

Sumber Gambar: Facebook JB Imperio
Sumber Gambar: Facebook JB Imperio
Sumber Gambar: Facebook JB Imperio
Sumber Gambar: Facebook JB Imperio
Sumber Gambar: Facebook JB Imperio
Sumber Gambar: Autoindustriya

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu lihat kereta hatchback-sport Toyota GR Yaris yang telah mengalahkan ‘supercar-killer’ Nissan GT-R dalam satu ujian perlumbaan.

Toyota GR Yaris Berjaya Tewaskan ‘Supercar’ Nissan GT-R Dalam Satu Ujian Perlumbaan

Dibida Pada Harga RM2.2 Juta, Ini Toyota Supra Termahal Di Dunia

Toyota Lancarkan Semula Model Supra Dengan Bantuan BMW

Sumber