Netizen berkongsi tentang kelakukan toksik dan bermasalah seorang pemandu kereta Tesla.
Laman Say No To Road Bully menulis: “Memandu kereta pintar tidak membuatkan kamu bijak. Pemandu gila.
“Tesla putih ini membahayakan kereta lain, tunjuk jari tengah, menekan nekan brek dekat lorong pantas. Kemudian kelab kabut larikan diri.
“Tindakan yang membayakan kereta motosikal di atas jejambat.”
@malaysiatribune Menerusi video yang tular, sebuah Tesla berwarna putih didakwa memandu secara berbahaya di lorong kanan, termasuk melakukan brake check dan menunjukkan isyarat lucah kepada pengguna jalan raya. Video: saynotoroadbully #malaysiatribune #videoreelsシ #trendingnewsmalaysia
Ramai yang dah terkena
Video tersebut tular di media sosial. Dan netizen lain ternyata pernah terkena dengan pemandu yang sama ketika berada d atas jalanraya.
Di mana seorang lagi netizen mendakwa pemandu Tesla tersebut cuba melencongkan keretanya mengejut setelah dia tidak diberikan laluan.

Seorang lagi pernah menjadi mangsa kepada cara pemanduan berbahaya pemandu Tesla tersebut sehingga berlaku kemalangan.

Warganet benar benar tidak percaya bahawa ianya memang pemandu yang sama.

Cara dia memandu benar benar membahayakan pengguna jalanraya yang lain.

Kereta yang sama dirakam melanggar lampu isyarat merah dan hampir mengakibatkan kemalangan.

Lantas mereka mendesak pihak berkuasa segera mengambil tindakan ke atas pemandu tersebut yang berlagak samseng di atas jalanraya.