Hari ini, Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Ini kerana mereka telah membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, pada tujuh tahun lalu.
Di mana arwah Zulfarhan diseksa dan dibuli dengan teruk sehingga meninggal dunia. Banyak kesan seterika di bahagian badannya.
"Zulfarhan jerit, tarik kaki semasa ditekap seterika wap"
"Zulfarhan juga menjerit 'jangan buat lagi!',"
Itu antara kenyataan tertuduh kelima di mahkamah.
Perbuatan tertuduh menyebabkan pegawai kadet laut #Zulfarhan menderita melecur di bahagian dada, tangan dan kaki pic.twitter.com/WTMWj28AzY
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 2, 2021
Menurut laporan oleh portal Harian Metro, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail telah membuat keputusan sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula tuduhan bunuh terhadap mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pesalah yang dihukum mati itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
“Mahkamah memutuskan hanya satu hukuman terhadap keenam-enam OKT iaitu mereka perlu dibawa ke suatu tempat penggantungan di mana di sana mereka akan digantung sampai mati.
“Rayuan pendakwaan dibenarkan, hukuman penjara selama 18 tahun ditolak,” kata Hadhariah yang bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.
Keluarga kepada Zulfarhan menerima baik keputusan mahkamah rayuan itu dan memanjatkan sujud syukur kerana keadilan yang mereka tuntut akhir tertegak juga.
Netizen kemudian mengimbas kembali detik enam sekawan durjana tersebut ketika mereka terlepas hukuman gantung sampai mati beberapa tahun lalu.
Di mana mereka keluar dari mahkamah dengan wajah selamba malah sempat tersenyum sinis kepada wartawan.
Malah ada yang sempat melambai lambai tangan kepada orang ramai.
Ni ler yang dulu gelak-gelak tu…. pic.twitter.com/G1MSHywBfk
— MYNEWSHUB (@mynewshub) July 23, 2024
Netizen menyatakan bahawa, jika sebelum ini mereka tersenyum merasakan bahawa undang undang tidak boleh mengambil nyawa mereka selepas mereka mencabut nyawa rakan sepelatih, hari ini mereka tidak boleh tersenyum lagi.