Warga X ternyata tidak gembira dengan trend lelaki memakai skirt yang sudah menjadi ikutan ramai ketika ini.
Ketika ini di platform TikTok terutamanya, semakin ramai lelaki yang mempromosikan pemakaian skirt untuk lelaki.
Menurut golongan ini, lelaki, tak kira mereka songsang atau tidak, boleh memakai skirt atas keselesaan individu. Jadi ianya dianggap kebebasan memilih cara berpakaian.
Dan apa yang jelas kebanyakan mereka yang memperjuangkan lelaki pakai skirt ini adalah yang menyokong kebebasan gender dan yang berkaitan. Walaupun ada yang cuba berselindung di belakang prinsip kebebasan berpakaian semata mata.
Lebih sakit, trend lelaki pakai skirt ini turut merebak ke Malaysia. Malah ada influencer yang lahir sebagai lelaki dengan bangga menayangkan diri mereka memakai skirt.
Lantas netizen meminta agar masyarakat Malaysia jangan menormalisasikan lelaki memakai skirt. Kerana ianya jelas pakaian untuk wanita bukannya lelaki.
Jangan normalise kan lelaki pakai skirt. pic.twitter.com/65r1wTyzHi
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) July 10, 2024
Netizen menganggap ianya bukti jelas bahawa budaya woke dari barat kini semakin kuat di dalam jiwa generasi baharu Malaysia.
Yang lain pula menyatakan bahawa, ini adalah hasil daripada generasi manja yang tidak boleh dirotan guru di sekolah sehinggakan mereka merasakan diri mereka boleh melakukan apa sahaja atas nama kebebasan sehingga lupa tentang budaya dan agama.
Ada juga yang hairan, kenapa lelaki tersebut tidak memakai sahaja kain pelikat atau pelikat pants berbanding dengan skirt.
Kemudian netizen berharap ibu bapa memantau cara berpakaian anak anak mereka. Kerana melentur buluh itu biarlah dari rebungnya.