Karen’s Diner sangat dikenali sebagai restoran ‘kurang ajar’ di mana pelayan akan melayan pelanggan dengan perkhidmatan yang teruk.
Restoran Karen’s Diner ini berkonsep ‘pengalaman makan di restoran yang paling buruk’ di mana pelanggan membayar pelayan untuk mengeji dan biadap dengan mereka.
Baca Juga:
- 97 Restoran Malaysia Terima ‘Michelin Star’, Ini Reaksi Netizen Selepas Lihat Senarai Penuh
- Restoran Di Singapura Cari Pekerja, Tawarkan Gaji Sehingga RM1,300 Sehari Sempena Tahun Baru Cina
- Netizen Puji Harga Makanan Di Restoran Ikan Bakar Ini Walaupun Bil Cecah RM1,248
Baru-baru ini, tular satu hantaran video restoran tersebut yang kini turut membuka cawangan di negara jiran, Indonesia dengan kerjasama restoran Bengkel Burger.
Di dalam video tersebut kelihatan kedua-dua pelayan dan pelanggan ‘bergaduh’ dan memaki hamun sesama sendiri.
Moga-moga restoran biadab sebegini ini tidak dibuka di Malaysia.
Orang Malaysia terkenal dengan budi bahasa, lemah lembut, sopan santun yang tinggi.
Sesiapa yg pernah belajar di luar negara, pasti sudah terbiasa mendengar org di sana memuji adab yg tinggi dlm masyarakat kita. https://t.co/xSrnN3FmPN
— 𝘼𝙢𝙞𝙧𝙪𝙡𝙓 (@AmirulRuslam) December 20, 2022
Susulan video yang dimuat naik di Twitter itu, seorang individu dari Malaysia berharap restoran itu tidak akan dibuka di Malaysia.
Individu itu turut mengatakan orang Malaysia terkenal dengan budi bahasa, lemah lembut, sopan santun yang tinggi, sesuatu yang sangat berbeza dengan konsep yang dibawa restoran Karen’s Diner.
Pernah saya lepak di (Kapalı Çarşı) Grand Bazaar di Turki waktu Weekend ketika belajar di sana, pemilik kedai cenderahati itu kahwin dengan wanita Malaysia. Tanya dia kenapa kahwin dgn wanita tersebut.
Dia kata isterinya itu ada sifat lemah lembut, budi bahasa yg tinggi.
— 𝘼𝙢𝙞𝙧𝙪𝙡𝙓 (@AmirulRuslam) December 20, 2022
Orang Malaysia dekat Mesir cukup terkenal dengan "Ahsan nas" Orang baik baik penuh dengan adab. 😬
— Syima Lee 🥀 (@Syima_lee2504) December 20, 2022
“Sesiapa yang pernah belajar di luar negara, pasti sudah terbiasa mendengar orang di sana memuji adab yang tinggi dalam masyarakat kita,” tulis individu tersebut di akaun Twitternya.
Memetik sumber, selain Australia dan Indonesia, restoran ini juga beroperasi di United Kingdom.
Cawangan pertama Karen’s Diner mula beroperasi di Sydney pada Oktober lalu manakala di Brisbane pada April lalu.
Difahamkan, nama Karen dipilih bersesuaian dengan moto restoran tersebut iaitu ‘Makanan lazat, Perkhidmatan Teruk’.
Nama Karen itu mempunyai maksud pelanggan wanita pertengahan umur yang selalu tidak berpuas hati atas pelbagai isu, selain gemar memanggil pengurus sesebuah premis untuk ‘mencari pasal’.
“Di sini, anda boleh mengadu sepuas-puasnya mengenai apa yang anda tidak puas hati, kami tidak akan ambil peduli, namun kami akan menghidangkan makanan yang lazat, itu jaminan kami,” menurut kenyataan restoran itu dalam laman webnya.
Selain kenyataan itu, mereka turut menyatakan supaya jangan terkejut jika disapa secara tidak sopan apabila memasuki restoran itu, malah ada pelayan yang melemparkan menu atas meja.