Netizen terkejut dengan jumlah bacaan bil TNB mereka setakat ini. Di mana segelintir mendakwa bil mereka melambung tinggi lebih daripada biasa.

Sebelum ini TNB menyatakan bahawa tarif baharu elektrik akan berkuatkuasa bermula 1 Julai 2025.

Selain itu TNB turut menawarkan sistem TOU kepada semua penggunanya. Di mana tarif elektrik adalah berbeza pada waktu puncak dan di luar waktu puncak.

Netizen panik bil TNB melambung

Ada yang mendakwa kadar dan sistem terbaru TNB membuatkan bil elektrik naik kira kira 5 kali ganda daripada bulan sebelumnya.

Di mana Adib mendakwa bil dia setakat ini sudah mencecah RM182.00.

Jadi netizen mempersoalkan, adakah TNB cuba memufliskan mereka?

Netizen yang lain meminta agar jangan panik. Di mana Muzammil Kairi tampil menjelaskan cara kiraan bil elektrik bermula Julai 2025.

Menurutnya, netizen perlu menggunakan kemudahan kalkulator TNB.

Muzammil berkata: “Pertama sekali, kenapa taknak guna kalkulator TNB & kira, sebelum panik.

“Ini jalan kira bil TNB skrg. Tapi aku ambil kiraan domestik Am Tanpa TOU ye. Domestik Am ni kitalah pengguna domestik biasa.

Penggunaan: 182kWh

Caj tenaga: RM0.2703
Caj kapasiti: RM0.0455
Caj rangkaian: RM0.1285

Jadi kat sini, caj kau adalah:

Caj tenaga: 182 x 0.2703
= RM 49.1946

Caj kapasiti: 182 x 0.0455
= RM 8.281

Cak rangkaian: 182 x RM0.1285
= RM 23.387

Total : RM 80.81

“Sekejap, itu tu belum kiraan akhir lagi. Kena tolak pulak diskaun (Insentif Cekap Tenaga).

“Jadual aku lampirkan di sini. Untuk penggunaan 182kWh, makanya kau dapat diskaun 25 sen untuk setiap kWh sebab kau tergolong dalam julat 1-200kWh.

“Jadi, berapa total diskaun kau dapat?

182 x 0.25 =RM 45.5

“Jadi berapa bil akhir?

RM 80.81 – RM45.5
= RM 35.31

“Kalau dulu 182kWh berapa pula bil nya?

Kalau dulu, tariff bagi 1-200kWh adalah RM0.218. Lepastu takda diskaun.

“Jadi kalau bil dulu, kau kena bayar

182 x 0.218 =RM39.676

“Tapi, tunggu dulu. Kiraan bil baharu tu tak masuk AFA yang exempt sampai 1 July. Jadi, apapun ianya bukan jumlah akhir lagi.

“Nak kira AFA tu nanti sahajalah kerana yang penting semua faham kiraan bil bulan Julai ni macam mana.

“Ha begitulah. Lain kali, guna jelah kalkulator TNB tu. Tengok pun tak logik 182kWh = RM182.”