Jenama streetwear tempatan, AGAINST LAB. mengumumkan kolaborasi sulung bersama jenama headwear terkenal dunia, New Era menerusi koleksi istimewa ‘East & West’.
Menampilkan empat rekaan topi eksklusif, koleksi ini menggabungkan elemen warisan budaya, pengaruh streetwear dan identiti masyarakat Malaysia. Setiap rekaan turut menampilkan emblem ‘MY’ sebagai simbol penyatuan walaupun datang daripada latar belakang dan perjalanan berbeza.
Mengambil inspirasi daripada semangat ‘Fly Your Own Flag’ New Era, koleksi ‘East & West’ meraikan keunikan Malaysia Timur dan Malaysia Barat yang mempunyai tradisi serta budaya tersendiri, namun tetap disatukan di bawah satu bendera.
Daripada warisan budaya Sabah hinggalah pengaruh muzik, sukan dan street culture Kuala Lumpur, setiap elemen diterjemahkan menerusi pilihan material, warna dan siluet yang berbeza.

Koleksi ini turut membawa kisah peribadi Isaac, pereka grafik AGAINST LAB. yang mengetuai arah kreatif projek berkenaan. Berketurunan Kadazan-Cina dan berasal dari Sabah, Isaac mengambil inspirasi daripada perjalanan hidupnya ke Kuala Lumpur untuk mengejar impian.
Pengaruh warisan tersebut paling jelas menerusi rekaan Kadazan Motif yang mengadaptasi corak sulaman tradisional masyarakat Kadazan ke dalam gaya streetwear kontemporari.
Empat Rekaan Dalam Koleksi ‘East & West’
Koleksi New Era x AGAINST LAB. ini menampilkan empat pilihan rekaan dengan karakter tersendiri:
59FIFTY Kadazan Motif – Diinspirasikan daripada sulaman tradisional Kadazan pada pakaian istiadat. Hadir dalam warna Black pada harga RM249.
59FIFTY Pinwheel Fitted – Menggabungkan rekaan pinwheel ikonik New Era dengan pengaruh hip-hop dan warna bumi. Hadir dalam warna Black Walnut pada harga RM249.
9FORTY Racer Adjustable – Mengangkat pengaruh motorsport menerusi kombinasi warna yang lebih berani. Hadir dalam warna Light Navy pada harga RM199.
19TWENTY Black Satin Snapback – Menampilkan estetika urban Kuala Lumpur dengan kemasan serba hitam dan perincian tone-on-tone. Dijual pada harga RM199.
Hadiah Eksklusif Setiap Pembelian
Setiap pembelian koleksi ini turut disertakan dengan pek button badge eksklusif yang menampilkan rekaan AGAINST LAB. dan New Era.
Menariknya, badge tersebut boleh dipinkan pada mana-mana bahagian topi mengikut kreativiti pemilik untuk memberikan sentuhan lebih peribadi. Hadiah ini tidak dijual secara berasingan dan hanya tersedia bersama pembelian koleksi selagi stok masih ada.
Dengan gabungan warisan, identiti dan pengaruh streetwear, koleksi ‘East & West’ membawa mesej bahawa meskipun perjalanan setiap individu berbeza, kita tetap berkongsi identiti yang sama.