Bekas ketua pasukan skuad kebangsaan Brazil, Neymar terus menampilkan prestasi cemerlang selepas kembali beraksi bersama Santos dalam saingan Liga Brazil.

Santos turun menentang Internacional de Limeira dalam saingan Paulista A1 dan bekas pemain Al-Hilal itu diturunkan dalam kesebelasan utama sambil diberikan tugas sebagai kapten.

Baca Juga:

Neymar Jaringkan Gol Dari Corner Kick

Ketika mahu mengambil sepakan penjuru, penyokong tuan rumah yang berada di salah satu sudut tempat duduk penyokong mengejek dan mencemuh pemain berusia 33 tahun itu.

Beberapa saat kemudian, Neymar melakukan hantaran cemerlang yang mengelirukan penjaga gol sebelum bola mendarat di belakang gawang yang sebelum itu terkena palang.

Neymar
Neymar

Cemuhan dan ejekan penyokong tuan rumah serta-merta hilang sambil Neymar bertindak balas duduk di tempat simpanan iklan berhampiran, menyilangkan tangannya dan kemudian mengangkat bahunya dengan nakal.

Dia kemudiannya membuat satu lagi assist yang disempurnakan oleh Tiquinho untuk gol keduanya pada malam itu.

Ini adalah penampilan keenam Neymar untuk Santos sejak dia menyertai semula kelab zaman kanak-kanaknya dari kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal pada 30 Januari lalu.

Sebelum ini, ramai yang sangsi dengan kemampuan bekas pemain Paris Saint-Germain itu sama ada beliau mampu untuk beraksi dengan cemerlang bersama Santos.

Neymar
Neymar

Ini kerana pemain itu dilihat tidak boleh membengkokkan lutut kirinya ketika mencium logo Santos di tengah padang semas majlis sambutan kepulangannya sekaligus membangkitkan kebimbangan di kalangan peminat.

Neymar sebelum ini menjaringkan 136 gol senior untuk Santos antara 2009 dan 2013 sebelum meninggalkan Brazil untuk menyertai Barcelona.

Dia menjaringkan 105 gol dalam 186 penampilan untuk Barca, diikuti dengan 118 dalam 173 perlawanan untuk PSG, manakala dia juga telah menghasilkan 79 dalam 128 untuk Brazil di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, tempohnya selama 18 bulan di Al-Hilal terjejas oleh masalah kecederaan dan dia hanya menjaringkan satu gol dalam tujuh perlawanan untuk pasukan Arab Saudi itu.

Menurut laporan, Santos membayar pemain itu sebanyak £32,500 seminggu. Ia adalah potongan gaji 99 peratus daripada gajinya di Arab Saudi. Bagaimanapun, pemain itu dilaporkan dia akan menuntut 90 peratus hak imejnya sebagai satu lagi sumber pendapatan.