Seorang wanita di TikTok, @nuradelina.lyn, berkongsi pengalaman yang membuatkan ramai tersentuh dan tergelak kecil – niat asalnya nak beli Chicken Rice (Nasi Ayam) untuk anak-anak, tapi yang sampai ke rumah rupa-rupanya Roasted Pork Rice (Nasi Babi Panggang).

Dalam videonya, beliau menjelaskan bahawa kesilapan itu berpunca daripada dirinya sendiri yang tergesa-gesa ketika membuat pesanan melalui aplikasi penghantaran makanan.

“Niat nak beli Nasi Ayam untuk anak-anak tapi yang sampai Nasi Babi. Bukan rezeki, salah saya juga,” tulisnya dalam kapsyen.

Babi

Dalam ruangan komen, wanita itu menjelaskan bahawa dia hanya menaip “Chicken Rice” di ruangan carian aplikasi, dan memilih restoran secara rawak tanpa semak status halal kedai tersebut.

Ketika itu, dia sedang sibuk menguruskan anak-anak.

“Saya cari ‘Chicken Rice’, jumpa kedai ni. Ya, memang salah saya tak semak betul-betul. Tengah rushing. Makanan saya dah pulangkan semula kepada rider. Duit hangus tak apa, boleh cari balik,” katanya dengan nada redha.

Namun begitu, apa yang lebih menarik – berdasarkan pesanan asal, beliau sebenarnya telah memilih dua Nasi Ayam Panggang dan satu Curry Mee.

Babi

Tapi apa yang sampai langsung tak sama – tiga Nasi Babi Panggang dan dua Mee Sup.

Dapat Nasi Babi: Netizen Terhibur & Terinspirasi

Ramai yang kagum dengan sikap positif beliau yang tidak menyalahkan pihak restoran atau rider sepenuhnya, sebaliknya mengambil tanggungjawab sendiri.

Perkongsian ini juga mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka tersalah pesan makanan atau menerima pesanan yang tidak halal secara tidak sengaja.

Babi

Cerita ini bukan saja lucu, tapi juga jadi peringatan penting buat kita semua – lebih-lebih lagi buat umat Islam.

Semak dahulu status kedai dan pastikan kita betul-betul teliti sebelum klik ‘Order’, terutamanya bila dalam keadaan sibuk atau tergesa-gesa.