Sementera peperangan berlaku di negara Palestin, media regim Israel juga dilihat berusaha menyebarkan berita-berita palsu berkaitan Hamas menerusi media sosial.

Terbaharu, pempengaruh tempatan, Sofyank melalui media sosialnya sempat memerli tindakan media Israel yang bersungguh-sungguh menyebarkan gambar pemimpin Hamas yang disunting dengan bantuan AI.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Gambar yang dijana AI memaparkan pemimpin Hamas sedang bersenang-lenang dalamkemewahan sewaktu krisis peperangan berkenaan. Hal ini sekaligus ada segelintir individu yang tertipu dengan gambar manipulasi tersebut lalu berkongsi kepada orang ramai.

Susulan itu, beliau meminta mereka untuk ‘perbaiki lagi’ hasil suntingan yang mana terdapat sejumlah ralat yang menjadikan ia tidak realistik seperti kehilangan hidung dan rupa tangan yang pelik.

Bagaimanapun, selepas pembacaan berhubung gambar tersebut, beliau memaklumkan bahawa pihak Israel sebenarnya menggunakan gambar daripada hantaran tahun 2014 dan dijana dengan AI atau aplikasi clear photo untuk dapatkan gambar yang lebih jelas.

Dengan ini, mereka mahu menjadikan ia sebagai bahan bualan hangat namun hasilnya jadi semakin teruk. Netizen Malaysia juga tidak terkecuali membidas tindakan media Israel yang mahu memburukkan imej Hamas dengan gambar terbabit.

“Fitnah demi fitnah mereka perlukan untuk tutup dosa mereka,” ujar pengguna maya lain di ruangan komen.

” Kena buat tutorial bahasa Israel lak ni Sofyank. Kesian diorang tak reti,” ujar seorang pengguna maya secara berseloroh.

“Macam watak dalam GTA,” komen ringkas seorang pengguna lain berhubung dengan hasil janaan gambar tersebut.

Sumber