Peminat bola sepak rasanya sudah sedia tahu jersi pasukan bola sepak Nigeria adalah antara yang paling menarik perhatian di Piala Dunia ini. Tetapi itu bukan satu-satunya pakaian hebat dari pasukan Nigeria ini.
Mereka kini sudah tiba di Moscow dan berbeza dengan pasukan-pasukan antarabangsa yang lain, setiap pemain bola sepak yang mewakili negara memakai pakaian traditional mereka yang berwarna putih.
https://www.instagram.com/p/Bj5BEbzl3l5/?hl=en&taken-by=victormoses
Lain betul vibe pasukan Nigeria tahun ini. Walaupun agak sukar untuk mereka menang di kejohanna Piala Dunia ini, tetapi dari segi gaya, setakat ini mereka sudah menang jika perlu dibandingkan dengan pasukan yang lain.
Sekiranya pasukan Harimau Malaya layak ke Piala Dunia, mungkin kita dapat melihat mereka berpakaian baju melayu hitam? Itu kena tunggu pasukan negara layak ke Piala Dunia dululah.