Beberapa hari lalu tular di media sosial Twitter apabila sebuah akaun dengan nama @Anti_human memuat naik satu pendedahan yang mengejutkan orang ramai. Dalam ciapan panjang lebar tersebut, akaun tersebut mendedahkan bagaimana kegiatan kartel dadah Nigeria bebas melakukan aktiviti haram mereka di negara ini.
Ketika ditemubual oleh The Vocket, pihak @Anti_human memberitahu kami bahawa niatnya mendedahkan aktiviti kartel dadah Nigeria adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa kegiatan ini wujud di negara kita. Selain itu pihak @Anti_human juga mahu rakyat Malaysia sedar dan mengambil sikap berjaga-jaga, terutamanya para gadis yang sering menjadi sasaran kegiatan kartel dadah Nigeria.
https://twitter.com/anti_human_90/status/1497479431694462978
“Bagi saya, benda ini serius. Ramai orang luar tak tahu benda ini saya rasa. Saya nak sebarkan kesedaran kepada orang ramai supaya kita boleh berjaga-jaga. Rakyat Malaysia perlu tahu benda ini dan saya juga mahu mendapat perhatian pihak berkuasa menggunakan kuasa viral.
“Ramai wanita Melayu luar sana yang tahu benda ini, tapi mereka tak tahu nak buat apa. Jadi, saya rasa saya bertanggungjawab sebagai rakyat Malaysia sebab saya tak suka bila orang luar buat negara kita macam ini,” katanya.
Ciapan yang dimuat naik sejak 26 Februari lalu telah mendapat perhatian ramai warganet. Setakat hari ini lebih 3,000 ciapan balas dan beratus komen dari netizen yang rata-ratanya rakyat Malaysia.
Berikut adalah pendedahan @Anti_human yang sudah diterjemah oleh pihak The Vocket:
Nigeria ini selain daripada menipu atau scam, mereka juga sibuk jual dadah. Selain daripada ganja, mereka hisap dadah jenis ice dan opium. Penjual dalam kalangan bangsa dia jugak. Cumanya, dalam masa yang sama, mereka ini guna gadis tempatan untuk bisnes dadah mereka.
Ini adalah salah seorang pengedar dadah mereka. Menginap di kondominium berdekatan dengan Setia Walk. Sudah berada di Malaysia sejak 2011. Nama jalanan dia adalah Doggy. Dia hanya menjual dadah kepada pelanggan yang ‘dicadangkan’ sahaja. Maksudnya, kalau nak beli dadah dari dia, kena bawa kawan yang pernah beli dari dia dulu.
This is one of their drug dealer. Stay in a condo near by Setia Walk. Have been here since 2011.
His street name is DOGGY.
He only sell by recommendation. It means, if you want to buy from him, you must bring a friend that have bought from him before. pic.twitter.com/asOxUxJhCl
— Anti_human (@anti_human_90) February 26, 2022
Dalam gambar ini pula, yang berbaju merah ialah isterinya. Dia adalah seorang pelacur dari Thailand yang datang ke sini untuk melakukan pelacuran. Tetapi dia kini dinaikkan pangkat menjadi Mummy. Iaitu ibu ayam. Selain itu, dia juga bantu Doggy menyeludup dadah.
In this picture, in red is his wife. She was a prostitute from Thailand that came here to do another prostitution. But she is now upgraded to become Mummy. Which is the IBU AYAM. Apart from that, she is also this man drug smuggler. pic.twitter.com/qZTimvPo1H
— Anti_human (@anti_human_90) February 26, 2022
Dia akan ke Thailand dan menyelinap masuk dadah ke dalam alat sulitnya dan merasuah beberapa pegawai di sempadan untuk membenarkannya masuk ke Malaysia. Kaedah pembayaran? Sama ada seks atau wang tunai. Begitu juga cara dia membawa gadis Thailand untuk menjadi pelacur di Malaysia.
Lelaki di sebelah kiri ini pula ialah DJ Sly. Salah seorang anak buah Doggy. Pekerjaan dia adalah menghantar dadah jika mereka mempunyai lebih daripada satu penghantaran. Dia menyamar sebagai salah seorang DJ di kelab malam Afrika. Untuk pengetahuan anda, kelab malam Afrika memang wujud di Malaysia dan bab itu akan saya kupas nanti.
This guy on the left is DJ SLY. His boy. This man job is to deliver if they have more than one delivery. Camouflage as a DJ in African club. Yes, African club does exist here in Malaysia and I will cover that chapter later. pic.twitter.com/XpOpskvG3b
— Anti_human (@anti_human_90) February 26, 2022
Seperti yang saya tulis sebelum ini, mereka akan menjual kepada pelanggan tetap atau yang dicadangkan daripada pelanggan tetap. Bila ditempah, dia akan hantar. Mereka hanya menggunakan kereta sewa. Dia akan ke Puchong, dia juga berada di Cyberyjaya, dia juga akan ke Kepong. Selalunya tempat yang sesak dengan orang-orang mereka.
Bagaimana gadis Melayu terlibat dalam kegiatan ini? Dengan menggunakan akaun bank mereka. Dia akan meniduri seorang gadis tempatan, menjanjikan mereka syurga dan segala keindahan. Selepas itu mereka akan dapatkan maklumat akaun dan ATM milik wanita tempatan. Mereka akan gunakannya untuk memudahkan pembeli memasukkan bayaran dan untuk kegiatan lain juga. Mereka juga akan datang ke rumah gadis tempatan ini dan menyembunyikan barang-barang mereka di sana.
Selalunya mereka akan pilih seorang wanita tempatan yang mempunyai pekerjaan yang bagus, berbadan besar atau hodoh. Dengan cara ini wanita-wanita tersebut akan patuh dan setia kepada mereka. Mereka juga akan buat wanita-wanita ini rasa dihargai. Beri wanita-wanita ini kata-kata yang manis, bersetubuh dengan mereka, kemudiannya kembali kepada isterinya dengan wang tersebut.
Dan kesemua mereka kekal bebas di negara ini tanpa dokumen yang sah. Bebas berjalan kemana-mana dan menjadikan negara ini tempat kegiatan mereka.
Kata kunci mereka untuk candu ialah ‘Tea’. Mereka akan menjualnya dalam tiub kecil dengan harga RM50. Jika tempat penghantaran jauh, maka caj penghantaran tambahan akan dikenakan. Selain penghantaran ke rumah, mereka turut menjualnya di kelab malam Afrika milik mereka.
Salah satu kelab yang sentiasa menjadi tempat pertemuan mereka ialah kelab De English yang terletak di Sungai Buloh. Kelab ini terletak bersebelahan dengan Telaga Biru HQ milik seorang lelaki bernama English Boy. Gambar di sebelah kiri adalah pemilik kelab dan gambar di sebelah kanan ialah kelab malam tersebut.
One of the club that have always been their check point is called De English club located in Sungai Buloh. The shop is located next to Telaga Biru HQ own by a man called ENGLISH BOY. On the left is the owner and on the right is the club. pic.twitter.com/yUCYk2vW4g
— Anti_human (@anti_human_90) February 26, 2022
Kelab ini menyamar sebagai kafe. Selepas jam 12 anda akan lihat kelab malam ini seperti ditutup tetapi mereka sebenarnya menggunakan pintu di bahagian belakang. Di situlah semua perniagaan berlaku. Dadah, penipuan, keldai akaun, gangsterisme, malah mereka menggunakan kelab tersebut untuk tidur bersama gadis tempatan. Dan mereka akan berada di sana sehingga jam 6-7 pagi setiap hari.
Jika anda tidak percaya, ini adalah alamatnya. Taip Kafe dan Bistro De English di carian Google. Kafe ini sentiasa penuh dengan orang pada setiap hujung minggu.
Jadi rakyat Malaysia. Kita sekarang berada dalam zaman huru hara dengan politik, rasuah dan salah guna kuasa. Takkan kita mahu biarkan orang luar jahanamkan negara ini. Laporan polis sudah dibuat beberapa kali. Mereka akan ditangkap hari ini dan dibebaskan esok. Cuba teka kenapa?
Jadi, tolonglah. Kesemua mereka wajib keluar dari negara ini. Kebanyakan mereka tinggal di sini tanpa dokumen yang sah. Jalankan kegiatan jenayah dengan kos percuma. Kita tidak boleh hanya duduk dan melihat mereka melakukan kegiatan mereka? Atau mungkin pihak @Nigeria, @NigeriaNewsdesk atau @NigeriaGov mahu membawa mereka pulang ke negara asal. Mereka ini hanya memalukan negara kita.
Pecah rekod rampasan terbesar, rakyat Malaysia ditahan bawa dadah bernilai RM431 juta di Australia. Rujuk pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Pecah Rekod Rampasan Terbesar, Rakyat Malaysia Ditahan Bawa Dadah Bernilai RM431 Juta Di Australia
16 Tan Dadah Bernilai RM5.2 Bilion Dirampas, Terbesar Dalam Sejarah Malaysia
Polis Buru ‘Pablo Escobar’ Malaysia Selepas Rampas Aset Bernilai Hampir RM400 Juta