Sekiranya anda masih ingat pada 12 Oktober 2019, nama Eliud Kipchonge berjaya menjadi trending seluruh dunia berikutan rekod yang dikatakan mustahil untuk dicipta melalui sukan maraton dengan catatan masa sepantas satu jam 59 minit.
Bersempena dengan rekod yang dihasilkan menggunakan kasut larian keluaran Nike, jenama ini memilih untuk menghasilkan edisi khas Eliud Kipchonge menerusi model yang ditambah baik iaitu Nike Air Zoom Alphafly NEXT%.
Dari segi rekaan, bersempena dengan edisi Eliud Kipchonge, Nike telah memadankan warna seakan warna negara kelahiran Eliud iaitu Kipchonge dengan padanan warna putih, hitam, hijau dan merah pada model ini.
Model yang dilabel sebagai ‘kasut terpantas’ pernah dihasilkan ini dilengkapi dengan dua pod Zoom Air beserta foam ZoomX dalam menyerap impak hentakan yang lebih baik buat para pelari. Penyertaan plet karbon yang pernah menjadi kontroversi dalam dunia larian juga turut disertakan pada model ini.
Menariknya, model ini sedia ditawarkan secara meluas bermula 8 Februari ini di laman web Nike dengan harga RM1,175. Sekiranya anda mahukan vibe seorang pelari maraton terpantas dunia, mungkin model ini antara yang perlu dalam koleksi anda.
Tular pada minggu ini apabila Nike turut memperkenalkan kasut ‘hands-free’ pertama dunia dengan rekaan menarik menerusi model Go FlyEase.
Nike Perkenalkan Kasut ‘Hands-Free’ Pertama Dunia, GO FlyEase
Laman Facebook Polis Johor Meriah Angkara Kasut Nike Air Jordan x Dior RM34,000