Siapa sahaja tidak suka barangan yang murah kan? Di Amerika Syarikat dan negara-negara di luar sana yang menyambut Thanksgiving Day, hari selepas Thanksgiving Day adalah Black Friday di mana bermulanya hari untuk berbelanja sempena Krismas dan biasanya banyak kedai akan membuat jualan hebat sempena Black Friday ini.

Menjadi kebiasaan suasana di dalam kedai akan menjadi sedikit kucar-kacir kerana pertambahan bilangan pembeli yang berada di dalam kedai. Bagi sebuah outlet store Nike di Seattle, Black Friday tahun ini adalah mimpi buruk buat mereka.

Ramai pengguna di Instagram berkongsi gambar aftermath jualan Black Friday di Outlet Store Nike di Seattle ini. Orang ramai membiarkan sahaja kasut Nike bersepah di atas lantai dan suasana di dalam outlet ini tidak ubah seperti dilanda ribut taufan.

https://www.instagram.com/p/BNQ3N8EDgng/?taken-by=iamtvoo

https://www.instagram.com/p/BNQSIsKBQNx/?taken-by=nicoololz

Seorang pekerja Nike membuat kenyataan untuk Buzzfeed menyatakan hampir 20 ribu orang memasuki outlet ini sepanjang seharian Black Friday. Harap-harap kita disini tidak begitu rakus seperti peminat Nike di Seattle. Jadilah pembeli kasut Nike yang berhemah apabila anda pergi melawat Nike outlet di Mitsui atau Johor Premium Outlet.

Sumber