Nike baru-baru ini secara rasminya telah mengeluarkan model kasut Doernbecher Freestyle Collection. Enam model yang dikeluarkan ini telah direka oleh pesakit di Hospital Kanak-Kanak OHSU Doernbecher dimana mereka telah menjalin kersama bersama Nike selama 15 Tahun.

Antara enam koleksi rekaan terbaru Nike terdiri dariapda model Air Force 1 Low, Air Jordan XV, Nike SB Dunk Pro Low, Nike Air Max 97, Nike Air Max 270 dan Nike Zoom Fly SP. Keenam-enam rekaan ini mempunyai keunikan tersendiri dan penceritaan mengenai kehidupan enam pesakit tersebut.

Koleksi Nike Doernbecher Freestyle 2018 ini bakal dilancarkan pada 14 Disember dan kepada anda yang berminat anda boleh dapatkannya di laman web rasmi Nike serta butik-butik yang terpilih. Difahamkan 100% daripada kutipan jualan bakal disalurkan kepada OHSU Doernbehcher.

12

13

15

16

17